SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan UMNO merupakan pasangan terbaik dan gandingan ideal untuk Pas menjalinkan kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Penganalisis politik yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan UMNO merupakan pasangan terbaik dan gandingan ideal untuk Pas menjalinkan kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis politik yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, ia berikutan UMNO mempunyai kelebihan dari segi jumlah ahli dan barisan jentera akar umbi berbanding Bersatu.

"Harus diingat, Bersatu hanya menang 13 kerusi pada PRU sebelum ini.

"Jadi, pertambahan jumlah kerusi yang ada itu adalah disebabkan oleh tindakan lompat parti daripada ahli UMNO dan parti UMNO anggap tindakan itu sebagai pengkhianat,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Ulas Jeniri, Pas perlu membuat pertimbangan teliti dalam memilih pasangan yang dapat memberi keuntungan kepadanya.

"Jika UMNO dan Pas jalin kerjasama, ia akan beri keuntungan kepada kedua-dua belah pihak, memungkinkan mereka untuk menang lebih banyak kerusi pada PRU15, berbanding Pas bekerjasama dengan Bersatu

"Disebabkan PRU makin hampir, Pas perlu buat satu keputusan muktamad berdasarkan perkiraan parti mana yang akan memberi manfaat kepadanya,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, Pas perlu segera membuat keputusan supaya perancangan dan strategi dari segi pembahagian kerusi dapat dibuat dengan cepat.

Jelasnya, Pas harus kembali kepada asas perjuangan mereka dengan UMNO sebelum ini iaitu Muafakat Nasional (MN).

"Kalau Pas sudah buat satu keputusan pasti berdasarkan perkiraan politiknya, maka ia akan membuka ruang mereka untuk bergerak ke hadapan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca