SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid yakin Pas akan menolak untuk menjalin semula kerjasama politik dengan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid yakin Pas akan menolak untuk menjalin semula kerjasama politik dengan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, ini kerana syarat dikemukakan UMNO bertentangan dengan hasrat parti diterajui Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Tegasnya, matlamat utama Pas adalah untuk menyatupadukan Melayu-Islam melalui parti-parti yang berteraskan kepada perjuangan tersebut.

"Saya tidak pasti (Pas akan terima atau tidak syarat ditentukan UMNO) tetapi atas dasar perpaduan, saya rasa Pas tidak akan terima.

"Itu pandangan saya, sebab kita tahu matlamat Pas tetapi syarat-syarat tersebut nampaknya lari daripada kehendak agama.

"Jadi, saya yakin Pas lebih memilih penyatuan ummah (bersama Bersatu),” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Ditanya mengenai syarat yang diwujudkan UMNO, Rosol menjelaskan, perkara tersebut adalah hak untuk mana-mana parti.

"Itu hak UMNO untuk tentukan syarat tersebut tetapi sama ada Pas terima atau tidak, terpulang kepada Pas. Bagi Bersatu mudah sahaja, orang tak ingin kita pun tak mahu,” jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca