SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berpandangan apa sahaja keputusan Pas, sama ada ingin menjalin semula kerjasama politik dengan partinya atau sebaliknya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berpandangan apa sahaja keputusan Pas, sama ada ingin menjalin semula kerjasama politik dengan partinya atau sebaliknya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu dihormati.

Menurutnya, ini kerana UMNO memahami setiap keputusan yang dibuat sesebuah parti tertakluk kepada sistem dan jawatankuasa masing-masing.

"UMNO menghormati setiap organisasi parti kerana kita tahu setiap perkara itu mestilah dibincangkan dan dibawa kepada majlis tertinggi atau jawatankuasa mereka.

"Tetapi, apa yang UMNO ingin nyatakan bahawa kita tiada masalah jika mereka (Pas) tidak mahu terus bersama dengan UMNO. Kalau jawatankuasa mereka (Pas) setuju, alhamdulillah.

MOHD RAZLAN

"Maksudnya, kalau Pas setuju (jalin kerjasama dengan UMNO) kita akan teruskan perbincangan dan jika tidak setuju pun kita hormati hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambah beliau, UMNO kekal dengan pendirian menghormati keputusan parti-parti lain yang ingin bekerjasama dengan mereka, bukannya seperti diamalkan Bersatu.

"Kita bukan seperti Bersatu yang mengugut dan beri kata dua kepada Pas tetapi kita faham parti kecil sebegitu (Bersatu) membuat tindakan sedemikian kerana ingin menunjukkan bahawa mereka berkuasa dengan membuat desakan sedemikian,” kata Mohd Razlan.

Klik di sini untuk terus membaca