MAKA gemparlah cerita Bossku mantan PM nak hadir di Parlimen. Beliau nak ikut serta sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu. Jabatan Penjara tidak beri kebenaran atas alasan 'keselamatan'. Khabarnya peguam beliau nak saman... Klik di sini untuk terus membaca

MAKA gemparlah cerita Bossku mantan PM nak hadir di Parlimen.

Beliau nak ikut serta sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu. Jabatan Penjara tidak beri kebenaran atas alasan 'keselamatan'.

Khabarnya peguam beliau nak saman pihak penjara.

Ramailah orang kata, apa nak jadi negara kita. Apakah 'banduan' boleh hadir di Parlimen?

Bukankah sudah terlucut kedudukan seseorang sebagai ahli Parlimen apabila dia didapati bersalah?

Tapi nampaknya ada hujah lain bahawa Bossku dalam proses meminta pengampunan. Hal ini dibincang juga di Parlimen.

Ada yang kata, kalau beliau diizinkan masuk, perlu digari macam banduan lain.

Awang harap tak betullah orang kata, kita dah jadi negara 'Bolehland'. Boleh bagi yang boleh, tak boleh bagi yang tidak.

Mana yang boleh, boleh buat apa saja.

Bagi yang mencuri petai dan didapati bersalah, kalau masuk penjara, jangankan nak dapat pengampunan, nak ziarah emak meninggal pun belum tentu boleh.

Awang harap sangatlah, semua pihak ambil prihatin hal ini. Pihak penjara perlu tegas.

Rakyat faham setelah sembilan orang hakim mendapati Bossku bersalah, maka bersalah dia.

Macam kata kawan Awang di universiti, dia bukan sedang bercuti sabatikal tapi sedang jalani hukuman penjara oleh sebab kesalahannya!

Klik di sini untuk terus membaca