SHAH ALAM - Bajet 2023 tidak mempunyai ruang dijadikan alat meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana saiz perbelanjaan negara kesan cabaran pandemik Covid-19 selama tiga tahun kebelakangan ini, telah melampaui tahap... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bajet 2023 tidak mempunyai ruang dijadikan alat meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana saiz perbelanjaan negara kesan cabaran pandemik Covid-19 selama tiga tahun kebelakangan ini, telah melampaui tahap ‘normal’.

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menyeru kerajaan supaya mengambil iktibar kegagalan pendekatan negara Britain cuba meraih sokongan rakyat dengan mengumumkan potongan cukai secara besar-besaran, namun akhirnya membawa negara itu ke dalam kancah hutang lebih besar.

Jelas beliau, sekiranya Bajet 2023 menjadi alat kerajaan meraih undi pilihan raya, nilai Ringgit Malaysia (RM) yang telah jatuh nilainya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$), akan jatuh dengan lebih teruk.

"Kerajaan perlu menimbang pengajaran dari negara Britain apabila Perdana Menteri barunya, Liz Truss mengumumkan potongan cukai secara besar-besaran untuk meraih sokongan rakyat.

"Akibatnya, nilai Pound Sterling terjunam kerana jumlah hutang kerajaan Britain dianggarkan akan meningkat secara mendadak.

"Ini kerana saiz perbelanjaan negara selama tiga tahun kebelakangan ini bagi menghadapi Covid-19 telah melampaui tahap ‘normal’,” katanya kepada Sinar Premium.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming memberi pandangan berbeza dengan menaruh keyakinan Kementerian Kewangan akan menjalankan tugas secara profesional dan tidak dipengaruhi oleh tarikh PRU15.

"Walaupun ada golongan perlu dibantu, saya rasa bantuan akan dilaksanakan secara bersasar kepada golongan ekonomi rentan seperti B40 dan usahawan perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PKMS).

"Kalau bantuan adalah bantuan secara bersasar, saya rasa ini tidak patut dianggap sebagai ‘gula-gula’ untuk PRU15,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca