KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan pelbagai manfaat melalui Bajet 2023 terhadap penjawat awam sebagai tanda berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi barisan hadapan negara dalam melunaskan amanah sepanjang... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan pelbagai manfaat melalui Bajet 2023 terhadap penjawat awam sebagai tanda berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi barisan hadapan negara dalam melunaskan amanah sepanjang membangunkan tanah air ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, di bawah teraju kepimpinan Ketua Setiausaha Negara, anggota perkhidmatan awam telah bertungkus-lumus dan setia bersama Kerajaan Keluarga Malaysia bagi mempertahankan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Berikut merupakan manfaat yang diraih penjawat awam:

1. Kerajaan akan mengurangkan kos pembiayaan bagi penjawat awam yang membeli komputer dan telefon pintar kepada dua peratus setahun, turun berbanding 4 peratus ketika ini.

2. Guru yang telah berkhidmat lebih 10 tahun layak mendapat cuti khas selama 15 hari, berbanding lima hari ketika ini. Ini dijangka memberi manfaat kepada 500,000 guru.

3. Semua penjawat awam dari Gred 11 hingga Gred 56 akan menerima kenaikan khas RM100.

4. Semua penjawat awam bawah Gred 56 akan menerima wang tunai RM700 manakala pesara penjawat awam menerima RM350.

5. Bonus Aidilfitri untuk penjawat awam ditetapkan pada kadar RM600.

Tengku Zafrul berkata, jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500.

Tahun ini menyaksikan bajet berjumlah RM372.3 bilion dibentangkan, sekali gus menjadi nilai peruntukan tertinggi pernah direkodkan setakat ini.

Bajet 2022 yang dibentangkan tahun lalu berjumlah RM332.1 bilion.

Klik di sini untuk terus membaca