MACAM-macamlah spekulasi pasal Bajet 2023.
Sampai ke saat akhir masih ada yang percaya tidak ada pembentangan bajet hari semalam.
Perdana Menteri akan umumkan pembubaran Parlimen.
Kita semua tengok Menteri Kewangan, Tuk Seri Zafrul yang bentang bajet.
Apa yang berlaku selepas pembentangan tak pastilah.
Ada juga yang kata, tak sempat nak bahas pun oleh sebab Parlimen akan bubar.
Macam tahun 1999, sebaik sahaja Tun Daim Zainuddin bentang pada 23 Oktober, seminggu kemudian Dewan Rakyat bubar.
Masa itu ada krisis politik ekoran pemecatan Tuk Seri Anwar Ibrahim.
Pilihan raya tahun itu beri kemenangan pada BN dan BN kekal dua pertiga.
Awang pujilah Zafrul umum bajet yang banyak faedah pada rakyat. Kita semua tahu bahawa bajet ini nak bagi rakyat seronok.
Awang cuba nak ingatkan gula-gula sahaja tak cukup, tapi yang penting untuk pulihkan ekonomi negara secara keseluruhan.
Cabaran ekonomi dunia sekarang memang tak menentu.
Oleh sebab itu, dasar kewangan secara menyeluruh harus dibuat dengan rapi.
Kalau tersilap langkah, kita tidak akan dapat pulihkan ekonomi dan membantu rakyat untuk keluar daripada demam ekonomi akibat pandemik yang melanda dunia.
Klik di sini untuk terus membaca