AWANG yang tak faham sangat hal ekonomi dan kewangan ini setuju dengan Ketua Pembangkang, Tuk Seri Anwar, hanya Tuk Seri Zafrul sahaja Menteri Kewangan yang tak risau kejatuhan mata wang negaranya.
Pada masa ringgit dalam keadaan kelam-kabut semasa Krisis Ekonomi Asia pada tahun 1998, Malaysia tambat ringgit pada dolar. Masa itu ditetapkan RM3.80 bagi satu dolar. Dengan buat begitu, stablillah ringgit yang pernah jatuh sampai RM4.56 sen berbanding dolar.
Masa ini, ringgit dah jadi RM4.60 berbanding dolar, lebih buruk daripada tahun 1998. Jika kita tak risau tak tahulah apa namanya.
Kata Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam wawancara dengan akhbar ini, keadaan tak sama macam 1998. Dia kata ubat untuk rawatan keadaan sekarang tak sama dengan masa itu.
Awang terbaca juga apa yang berlaku di United Kingdom (UK). Akibat dasar cukai baharu, mata wang sterling merudum berbanding dolar. Kacau-bilau pasaran saham.
Tekanan terlalu hebat hingga Liz Truss, Perdana Menteri yang baru sebulan dilantik terpaksa buat pusingan U.
Menteri Kewangannya juga, Kwasi Kwarteng terpaksa telan air liur sendiri.
Awang harap kita tak jadi macam itu.
Klik di sini untuk terus membaca