PERJALANAN sepanjang bulan September membuatkan saya berulang kali merenungi aspek kepimpinan. Saya sedang berjoging di Hyde Park ketika berita kemangkatan Ratu Elizabeth II tersebar. Kemudiannya, saya berjalan mengharungi orang ramai yang... Klik di sini untuk terus membaca

PERJALANAN sepanjang bulan September membuatkan saya berulang kali merenungi aspek kepimpinan.

Saya sedang berjoging di Hyde Park ketika berita kemangkatan Ratu Elizabeth II tersebar. Kemudiannya, saya berjalan mengharungi orang ramai yang mula berkumpul untuk meletakkan bunga dan melihat notis rasmi yang digantung pada pagar Istana Buckingham.

Sepanjang seminggu selepas itu sehingga upacara pemakaman, seramai 250,000 orang telah beratur untuk memberikan penghormatan mereka di Dewan Westminster.

Sepanjang waktu itu, media British sarat dengan pujian kepada Ratu Elizabeth II, dan pada ketika beberapa penyokong monarki berpendapat liputan yang diberikan bersifat keterlaluan, rakan-rakan republikan yang mengundi Parti Buruh pula menghormati kepentingan bersejarah kemangkatan baginda Ratu, dan mengakui merasakan kesedihan yang tidak disangka-sangka.

Ketika para pengulas politik turut menyampuk berkenaan legasi empayar British, keperluan utama untuk rasa kekitaan yang ditimbulkan oleh (mungkin sengaja dibuat) tradisi, akhirnya hal ini seolah-olah menjadi tanda kepimpinan yang luar biasa untuk mendapat penghormatan walaupun daripada pengkritik institusi itu (satu kehebatan yang saya terokai dalam artikel saya sebelum ini).

Saya tiba di Edinburgh ketika jasad mendiang Ratu disemadikan di Gereja St Giles. Saya berada di sana untuk menghadiri Syarahan Felow Kembara Tuanku Muhriz (Tuanku Muhriz Travelling Fellowship Lecture) di Royal College of Surgeons of Edinburgh bersama keluarga dan satu delegasi kanan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Yang di-Pertuan Besar, yang juga Canselor UKM telah dijadikan Felow Kehormat kolej tersebut (penaungnya adalah raja United Kingdom yang baharu) pada tahun 2016.

Baginda mencadangkan Felo Kembara ini pada tahun 2018, dengan tujuan pakar bedah kanan dari United Kingdom memberikan perkhidmatan pembedahan kepada masyarakat luar bandar di Malaysia (setakat ini menumpukan kepada Sarawak).

Seperti yang dijelaskan oleh penerimanya yang pertama, Profesor Angus Watson, kerjasama ini adalah satu contoh yang baik bagaimana kepimpinan kolaboratif dapat membawa kepada hasil yang mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pengamal perubatan tempatan, dan mengukuhkan ikatan kerjasama antara institusi pendidikan.

Hal ini semestinya akan diperkukuhkan lagi dengan ketibaan fellow kedua, Profesor Andy Kent. Ketika majlis makan malam pada petang tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah dianugerahkan College International Medal yang amat berprestij atas kepimpinannya sepanjang pandemik Covid-19.

Sudah tentu sebagaimana apa-apa perjumpaan rakyat Malaysia – terutamanya ketika menikmati keropok lekor dari Terengganu di sebuah restoran di Edinburgh milik seorang wanita berasal dari Kuala Pilah – perbualan mengenai politik tidak dapat dielakkan. Bermula detik itu sehingga kini, satu persoalan yang sering ditanya setiap hari adalah: "Bilakah pilihan raya seterusnya akan diadakan?”.

Persoalan itu mungkin sudah terjawab ketika artikel ini diterbitkan, tetapi antara faktor yang dikatakan sedang dipertimbangkan sebelum keputusan diambil adalah keinginan beberapa orang pemimpin untuk melepaskan diri daripada pendakwaan atau mendapatkan pengampunan (teori mekanisme keputusan sedemikian diketepikan dengan mengabaikan kedaulatan undang-undang) jika parti mereka memenangi pilihan raya.

Memang benar bahawa adalah rutin untuk pilihan raya diadakan sebelum tamat penggal Parlimen, tetapi mengambil kira banyak faktor adalah perkara biasa juga.

Cuaca yang dapat dijangkakan merupakan satu faktor yang diambil kira dalam banyak demokrasi, kerana tujuannya adalah untuk menjadikan pilihan raya semudah yang mungkin supaya dapat memaksimumkan peratusan keluar mengundi (dan dengan itu keabsahan demokrasi keputusan pilihan raya); adakah dengan mengadakan pilihan raya ketika musim tengkujuh akan mencapai matlamat tersebut? Kalendar badan legislatif juga diambil kira: Apakah Rang Undang-undang – hasil daripada usaha bertahun-tahun – yang perlu diluluskan sebelum pembubaran Parlimen?

Dan adakah satu tindakan yang bijak untuk mengganggu kepimpinan negara pada waktu yang rapuh untuk ekonomi apabila belanjawan perlu dibentangkan? Menjawab persoalan-persoalan ini memerlukan kepimpinan yang bijak dan bermoral, mempertimbangkan hak dan kemudahan rakyat.

Raja-raja Eropah zaman pertengahan juga mempunyai pemegang taruh mereka yang tersendiri. Lawatan semula ke Versailles mengingatkan saya tentang pelajaran sejarah saya mengenai Revolusi Perancis dan bagaimana persepsi berlebihan menyebabkan Louis XVI dan Marie Antoinette dijatuhkan hukuman.

Bagaimanapun, apa yang kita lihat sekarang sebagai penyelewengan pendahulunya sebenarnya mempunyai objektif popular dan diplomatik yang disengajakan. Di Versailles, Louis XIV mereka bentuk upacara awam yang rumit (termasuk bangun tidur dan sarapan pagi) untuk membesarkan kuasa dirajanya.

Sementara itu, rumah zaman kanak-kanaknya di Chateau Chambord di Lembah Loire telah dibina oleh Francis I sebagai satu cara untuk mewujudkan keunggulan seni bina dan hiasan berbanding pesaingnya Charles V (yang mempunyai lebih banyak tanah dan tentera yang lebih besar).

Francis jugalah yang memeterai pakatan yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan Sultan Sulaiman 1 (Sulaiman al-Qanuni) - yang pertama antara negara Kristian dan Islam - untuk membendung musuh bersama.

Pemikiran sedemikian sudah pasti akan menjadi tumpuan utama dalam politik Malaysia, di mana kepimpinan inspirasi yang lebih mudah untuk komited kepada nilai dan perkhidmatan mungkin tidak mencukupi untuk kemenangan.

* Tunku Zain Al-‘Abidin merupakan Presiden Pengasas IDEAS

Klik di sini untuk terus membaca