SHAH ALAM - Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan menafikan Bajet 2023 yang menyaksikan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, adalah belanjawan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan menafikan Bajet 2023 yang menyaksikan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, adalah belanjawan 'populisme', 'goodies' atau retorik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Shahril Sufian berkata, Bajet 2023 yang turut merangkumi pemberian bantuan wang tunai paling besar dalam sejarah Malaysia juga bukan sekadar belanjawan pilihan raya semata-mata.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, Bajet 2023 sebenarnya mempunyai matlamat jangka panjang tersendiri misalnya, perbelanjaan pembangunan RM95 bilion iaitu terbesar dalam sejarah.

"Ada komentar menyifatkan belanjawan ini sebagai belanjawan untuk pilihanraya. Sehinggakan pihak parti pembangkang pun terpaksa menyerang soal pelaksanaan. Tapi dari segi pengisian, pihak lawan pun mengakui. Istilah yang mereka guna: "goodies", "komprehensif", "benda bagus". Tetapi ini bukan semata-mata mengambil hati dengan bantuan tunai. Benar, bantuan tunai kali ini paling tinggi dalam sejarah mana-mana bajet.

"Benar, pinjaman Amanah Saham Bumiputer (ASB) untuk B40 ditetapkan hanya 1.5 peratus sekaligus hampir menjamin keuntungan tahunan. Benar, kali ini M40 pun ada bantuan yang tersasar terhadap mereka. Benar, golongan belia dan p-hailing juga mendapat manfaat khusus dari bantuan tunai, perlindungan insuran sehingga pinjaman mudah untuk pembelian kenderaan mahupun 'food truck'," katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Shahril Hamdan berkata, langkah dan perbelanjaan yang diumumkan kerajaan menerusi Bajet 2023 juga dilihat mampu menarik pelaburan dalam industri yang dikenal pasti, sekali gus membantu negara mencapai sasaran menduduki tangga 10 negara berdaya saing di dunia, pada masa depan.

Tengku Zafrul

Beliau berkata, langkah ke arah sasaran karbon neutral, termasuklah pengecualian fi permit import (AP) untuk kenderaan elektrik, dan peluasan kemudahan pengecasan supaya kenderaan berharga sederhana juga dapat membanjiri pasaran tempatan.

"Ini hanya beberapa contoh ringkas menggambarkan bahawa kalau pihak lain hendak menyifatkan ini sebagai bajet pilihan raya (pihak lain, bukan saya), mungkin sebab mereka khuatir rakyat mampu menilai beza langkah dan tema Bajet ini berbanding beberapa tahun sebelumnya.

"Ia tidak semata-mata kerana bantuan tunai meletakkan wang ke dalam saku rakyat kebanyakan. Bukan semata-mata subsidi dan bantuan tunai dalam lingkungan RM55 bilion berbanding tak sampai RM25 bilion tahun 2019 dan 2020.

"Tetapi jauh lebih dari itu, kerana ia bajet yang menggambarkan kompetensi dalam mengurus situasi dan kemampuan membina negara bukan hanya untuk hari ini.

"Tidak minta rakyat ikat perut bantu kerajaan seperti Perdana Menteri 2019. Tidak minta rakyat berkorban seperti Menteri Kewangan 2019. Tidak juga menjanjikan bulan, bintang dan kereta terbang. Tetapi bajet yang bervisi sambil berpijak di bumi nyata, demi kemaslahatan Keluarga Malaysia. Itu bezanya," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca