PERTEMUAN dalam kalangan UMNO dah selesai. Kabinet pun dah selesai bermesyuarat. Bajet dah dibentang. Yang belum lagi ialah pengumuman pembubaran Parlimen. Selagi belum selesai bab ini, selagi itulah kitaran media sosial tentang hal ini... Klik di sini untuk terus membaca

PERTEMUAN dalam kalangan UMNO dah selesai. Kabinet pun dah selesai bermesyuarat. Bajet dah dibentang. Yang belum lagi ialah pengumuman pembubaran Parlimen.

Selagi belum selesai bab ini, selagi itulah kitaran media sosial tentang hal ini akan memenuhi ruang gosip dan seribu satu pertanyaan.

Semua orang nak tahu jadi ka tak jadi tahun ini. Dari cikgu sekolah sehinggalah pemilik bisnes pun bertanya di sana sini minta pengesahan. Manalah Belalang tahu. Belalang bukan PM dan bukan Agong.

Malah staf pejabat PM pun tak buka mulut. Hanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang tahu dengan pasti apakah Parlimen akan dibubarkan dan jika jawapan ya akan bubar, hanya mereka sahaja yang tahu bila.

Tarikh penamaan calon dan hari mengundi adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Mereka hanya boleh duduk bersidang setelah Dewan Rakyat dibubarkan secara rasmi, oleh Yang di-Pertuan Agong dengan permintaan Perdana Menteri.

Persoalannya, kita sendiri pun tidak tahu apakah PM ada membuat permintaan itu. Beliau tidak mengesahkan atau menafikan. Beliau sekadar berkata, "Tunggu...tak lama lagi dah”.

Jika ditanya kepada majoriti ahli UMNO, mereka akan berkata, sikit saja lagi. Begitu juga dengan Top 5 dalam UMNO. Belalang ada bertanya, apakah Seri Paduka Baginda akan akur dengan permintaan UMNO untuk diadakan pilihan raya pada tahun ini juga?

Jawapan mereka adalah "Ya”. Bukan maknanya mereka bercakap bagi pihak Agong tapi betapa yakinnya mereka dengan keputusan yang Agong pun akan setuju dan akur.

Ada dalam kalangan pemimpin UMNO yang beritahu Belalang, pengumuman itu akan dibuat pada hari Isnin. Tapi pada masa yang sama, siapa pun tak boleh jawab dari mana pengumuman itu akan dibuat — pejabat PM ka atau Istana Negara.

Satu perkara yang pasti, sejak Khamis iaitu ketika keluar dari pintu Istana Negara sehingga ke hari pembentangan bajet pada Jumaat, wajah PM tidak pernah seceria itu.

Beliau senyum sepanjang masa dan melambaikan tangan kepada semua orang termasuk kepada para wartawan yang menanti jawapan dan reaksi beliau.

Tidak pasti, apakah itu petanda yang masanya telah tiba untuk beliau menyerahkan semula mandat kepada rakyat dengan bajet sebagai sumbangan terakhirnya yang paling bermakna selaku PM. Wallahuaklam. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Yang menarik ialah apabila beliau memberi jawapan pendek pada Sabtu kepada para wartawan; "Jika rakyat mahukan bajet ini dilaksanakan, jangan lupa undi BN.”

Jadi walaupun bajet ini bukanlah bajet BN secara totok kerana kerajaan yang membentangkannya adalah kerajaan gabungan ahli Parlimen UMNO dengan Perikatan Nasional tapi pada kaca mata PM ini adalah bajetnya. Beliau adalah wakil BN.

Dengan kata-kata itu, mungkin benar, esok atau lusa atau tulat atau minggu depan akan bubar.

Belalang - Hanya boleh meneka semata-mata...

Klik di sini untuk terus membaca