SHAH ALAM - Terserah kepada UMNO Pusat untuk menentukan status kerjasama parti itu bersama Pas di bawah panji Muafakat Nasional (MN) susulan Pas telah menetapkan pendirian untuk kekal bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Terserah kepada UMNO Pusat untuk menentukan status kerjasama parti itu bersama Pas di bawah panji Muafakat Nasional (MN) susulan Pas telah menetapkan pendirian untuk kekal bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, secara peribadi, UMNO negeri itu sememangnya mengalu-alukan kerjasama dengan Pas menjelang PRU15 memandangkan hubungan dengan parti itu di peringkat akar umbi juga sangat utuh.

Bagaimanapun, beliau menegaskan UMNO sukar menjalin kerjasama politik dengan Pas sekiranya parti itu masih mengekalkan pendirian untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Kalau Pas masih mahu kekal bekerjasama dengan Bersatu, bagaimana kita hendak bincang pasal isu pembahagian kerusi dan kerjasama PRU?

"Apa pun, UMNO Pulau Pinang akan serah kepada UMNO Pusat untuk buat keputusan lanjut,” katanya kepada Sinar Premium.

KINI DI TANGAN UMNO

Sementara itu, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub turut senada dengan Musa apabila menyerahkan segala keputusan lanjut kepada UMNO Pusat berhubung isu itu.

Berkenaan dengan keputusan Pas untuk menolak cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri dikuasai parti itu dalam tempoh terdekat, Ahli Parlimen Machang itu juga menghormati pendirian parti berkenaan.

"Bagaimanapun, sekiranya ia berlaku (enggan bubar), saya melihat kelebihan terletak di tangan UMNO kerana kita masih mempunyai masa untuk memenangi hati rakyat negeri ini,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca