SHAH ALAM - Biarpun pemimpin politik Perikatan Nasional (PN) menafikan tindakan 12 menteri parti itu menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong berniat mempertikaikan keabsahan dan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Biarpun pemimpin politik Perikatan Nasional (PN) menafikan tindakan 12 menteri parti itu menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong berniat mempertikaikan keabsahan dan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, namun realiti sebenar adalah sebaliknya.

Ini kerana sebagai Menteri Kabinet mereka tidak harus berbuat demikian kerana tindakan itu sama ada secara sedar atau tidak menunjukkan Ahli Parlimen PN berkenaan sudah hilang kepercayaan terhadap kewibawaan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri seperti man peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Ogos 2021.

Berikutan itu, untuk menepiskan spekulasi yang boleh menggugat kewibawaan Perdana Menteri, ada baiknya Ismail Sabri sendiri membawa usul undi percaya di Parlimen dalam masa terdekat bagi menunjukkan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat masih ada.

Jika Ismail Sabri gagal mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 112 Ahli Dewan Rakyat, maka beliau perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong, sama ada meletakkan jawatan ahli jemaah menterinya, atau meminta baginda membubarkan Parlimen, sekali gus mengembalikan mandat memilih kerajaan baharu kepada pengundi di negara ini.

Pakar Perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, langkah itu perlu susulan tindakan 12 Menteri Kabinet daripada PN menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian tidak bersetuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Wan Ahmad Fauzi

Wan Ahmad Fauzi berkata, tindakan 12 menteri kabinet daripada Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, memberi gambaran kepada rakyat mereka telah mendahului pertimbangan Perdana Menteri, tidak bergerak dalam satu pasukan Jemaah Menteri dan menunjukkan mereka sudah melanggar perjanjian seolah-olah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

Beliau berkata, sebagai sebahagian anggota kabinet mereka tidak sepatutnya membelakangi Perdana Menteri dan Jemaah Menteri dengan menghantar surat secara terus kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Oleh itu, saya berpandangan sukar bagi PN untuk menafikan dakwaan bahawa tindakan 12 menteri kabinetnya melanggar perjanjian ditandatangani antara Ismail Sabri dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin di mana sebarang masalah timbul perlu diselesaikan secara dalaman, bukannya dengan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana urusan penasihatan bagi pembubaran parlimen terletak pada budi bicara Perdana Menteri sebagai ketua majlis Parlimen.

"Perkara 40 (1), Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagai mana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan," katanya kepada Sinar Premium, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada tindakan 12 menteri kabinet daripada PN menyerahkan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong kerana tidak bersetuju PRU15 diadakan pada tahun ini sebagai mempertikaikan keabsahan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri atau tidak.

Terdahulu, media melaporkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan PN menyerahkan warkah ditandatangani 12 menteri daripada pakatan itu kepada Istana Negara menyatakan tidak setuju PRU-15 diadakan tahun ini.

Klik di sini untuk terus membaca