SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bukan sebuah parti yang dibayangi figura Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semata-mata. Ketua Penerangan Muda, Luqman Long menegaskan, Muda dipimpin oleh ramai figura anak muda... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bukan sebuah parti yang dibayangi figura Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semata-mata.

Ketua Penerangan Muda, Luqman Long menegaskan, Muda dipimpin oleh ramai figura anak muda yang sentiasa memberi khidmat kepada rakyat.

"Dalam Muda, kita lebih besar daripada figura Syed Saddiq. Kita ada banyak figura orang muda yang mempunyai visi jelas untuk membina semula Malaysia, memiliki dasar dan polisi yang mahu diperkenalkan sekiranya dipilih sebagai pembuat keputusan dalam kerajaan.

"Mereka ada ‘track record’ yang baik seperti Amira Aisya (Timbalan Presiden Muda) yang ‘passionate’ tentang pendidikan dan isu orang kelainan upaya (OKU). Cikgu Rohayu yang sudah sekian lama melindungi kumpulan di Chow Kit (Kuala Lumpur), menjaga makan minum mereka, turun padang setiap hari, guna duit sendiri.

"Kita ada ramai pimpinan di luar sana yang memperjuangkan isu dan hak rakyat, lebih penting lagi Muda lebih besar daripada figura beliau (Syed Saddiq),” katanya dalam program Wacana Sinar edisi 368 bertajuk ‘Akhirnya mandat kembali kepada rakyat’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Turut diundang menjadi panelis ialah Felo Penyelidik Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhammed Abdul Khaled dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Shah Alam, Dr Afif Baharudin manakala Ismail Adnan sebagai moderator.

Luqman semasa program Wacana Sinar edisi 368 bertajuk ‘Akhirnya mandat kembali kepada rakyat’ pada Selasa.

Sementara itu mengulas mengenai cadangan Muda dalam usaha menangani isu rakyat, Luqman berkata, ‘pembersihan’ dalam kabinet perlu dilakukan agar tiada lagi pertindihan porfolio dalam kerajaan.

"Dalam isu rakyat, negara kita menghadapi masalah besar sejak tahun 2020 termasuk ekonomi. Sebagai contoh sejak dua tahun lepas, lebih 600,000 isi rumah M40 jatuh kepada B40, (selain itu) 60 peratus mahasiswa di universiti dan kolej kini sedang menghadapi masalah tak boleh nak beli makanan.

"Jadi Muda mencadangkan, kita kena bersihkan pentadbiran terlebih dahulu, tidak perlu saiz kabinet yang besar, tak perlu ramai menteri dalam bidang atau kementerian yang bertindan, sedangkan hari ini seorang menteri boleh lakukan tugas merangkumi tiga orang menteri.

"Sekat dan ketatkan perbelanjaan kerajaan, sudah tidak boleh buat projek mega, tiada lagi peruntukan khas kepada Jabatan Perdana Menteri (agar bolheh) kurangkan ketirisan dan salah laku. Selepas itu baru boleh fokus kepada rakyat,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca