KITA boleh adakan pilihan raya. Tapi jikalau kita tak hormat keputusannya, kenapa buat pilihan raya?
Pada tahun 2018, sudah jelas pilihan rakyat. Tapi muncul pula ‘kerajaan pintu belakang’ kata sesetengah orang.
Mereka yang ditolak rakyat kembali berkuasa dengan cara bersekongkol bersama orang dalam sendiri.
Moga-moga Langkah Sheraton tidak berulang lagi. Jangan bagi rakyat kecewa.
Awang yang tak pandai politik ini tahu bahawa tak mungkin ada parti yang dapat majoriti besar macam BN dulu.
Kata orang, zaman kerajaan ada sokongan dua pertiga di Parlimen sudah lama berakhir.
Ini zaman parti-parti kecil yang harus bergabung untuk tubuh kerajaan.
Kata orang, cara itu bagus untuk demokrasi. Ia sebahagian proses kematangan politik.
Jikalau parti kuat dan punya kuasa, mudahlah mereka salah guna kuasa.
Kita tengoklah macam mana parti-parti yang ada hari ini akan bekerjasama.
Macam kes Pakatan Harapan (PH) kita dah tahu keanggotaan mereka.
Orang nak tengok macam mana UMNO memilih rakan sekatilnya. UMNO tolak Bersatu.
UMNO akan terima Pas jikalau Pas tolak Bersatu.
Bagaimana dengan parti-parti gabungan Sarawak? Atau Warisan yang sudah bertapak di Semenanjung?
Bagaimana parti-parti etnik di Sabah? Mereka nak kongsi kuasa dengan siapa?
Macam drama swasta pula kan?
Klik di sini untuk terus membaca