SETELAH menahan nafas selama berbulan-bulan, rakyat Malaysia dimaklumkan secara rasmi bahawa Parlimen ke-14 bubar pada Isnin, 10 Oktober. Penamaan calon dan hari mengundi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kata sesetengah... Klik di sini untuk terus membaca

SETELAH menahan nafas selama berbulan-bulan, rakyat Malaysia dimaklumkan secara rasmi bahawa Parlimen ke-14 bubar pada Isnin, 10 Oktober.

Penamaan calon dan hari mengundi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kata sesetengah orang, akhirnya Tuk Seri Perdana Menteri terpaksa tunduk pada desakan kluster mahkamah dalam partinya.

Merekalah yang beria-ia mahukan pilihan raya diadakan segera.

Bukanlah sebabnya beliau tak mahu masuk rekod sebagai PM paling singkat bagi negara ini.

Tapi Awang percaya beliau mahu buktikan apa yang beliau boleh buat pada rakyat sesuai dengan semangat Keluarga Malaysia.

Hari Jumaat lepas Menteri Kewangan umumkan Bajet 2023 belum pun rakyat nak khatam bajet itu, dah bubar Parlimen.

Bagi golongan peniaga dan pelabur pula belum sempat bincang kesan bajet.

Pada tahun 1999, seminggu selepas Tun Daim bentang bajet, Parlimen bubar. Kali ini tiga hari sahaja. Ini pun rekod baharu.

Awang faham PM ada hak mutlak tentukan pembubaran dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong.

Awang tak persoal hal itu. Harapan Awang, agar keputusan ini akan menguntungkan dan bukan merugikan rakyat pada bulan November kelak.

Klik di sini untuk terus membaca