SHAH ALAM - UMNO-BN Kedah tetap bersiap sedia mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu sekali pun kerajaan negeri ditadbir Pas memutuskan untuk menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - UMNO-BN Kedah tetap bersiap sedia mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu sekali pun kerajaan negeri ditadbir Pas memutuskan untuk menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun hadapan.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya menghormati kuasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menasihati Sultan Kedah sama ada mahu membubarkan DUN negeri dengan ia dianggap bukan satu keputusan pelik.

Ujarnya, UMNO-BN sudah maklum dengan keputusan Pas Kedah yang mengabsahkan cadangan penangguhan pembubaran DUN dalam Muktamar Agung Pas lalu di Kedah dan disahkan lagi pada mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 8 Oktober.

"Di hadapan rakyat sudah dihidangkan pengalaman mereka melihat dan merasai pentadbiran berdasarkan rekod pencapaian parti-parti yang memimpin kerajaan di Pusat dan negeri.

"Justeru, rakyat mampu membuat keputusan dan mengundi parti yang diyakini mereka mampu membela rakyat dan memimpin negeri sebaiknya. BN Kedah sentiasa bersedia mendepani PRU15 sekali pun PRN Kedah mungkin akan diadakan tahun hadapan," katanya kepada Sinar Premium.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan keputusan pembubaran Parlimen pada Isnin bagi memberi laluan kepada PRU15 diadakan dalam tempoh 60 hari.

UMNO-BN Kedah menghormati keputusan kerajaan negeri Pas menangguhkan pembubaran DUN dan bersedia untuk menawan negeri itu bila tiba masanya.

Selain itu, Naib Presiden UMNO itu turut menggesa kerajaan negeri membubarkan DUN masing-masing serentak pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun katanya, DUN di Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor tidak perlu dibubarkan.

Namun begitu, kerajaan PH di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mengumumkan mereka tidak akan membubarkan DUN seiringan dengan pembubaran Parlimen kerana bimbang dengan ancaman banjir hujung tahun susulan ramalan fasa peralihan monsun timur laut.

Pendirian itu turut disusuli kerajaan negeri Pas di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang membuat keputusan mahu memfokuskan dahulu usaha kebajikan rakyat, termasuk membuat persiapan menghadapi banjir.

Mengulas lanjut, Jamil Khir yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut berkeyakinan tema perjuangan UMNO-BN pada PRU15 iaitu 'kestabilan dan kemakmuran' mampu diyakini rakyat Kedah sebagai hala tuju terbaik dalam membina negara ke arah mewujudkan negara bangsa dihormati dan disegani.

Klik di sini untuk terus membaca