SHAH ALAM - Institusi politik negara ketika ini dilihat tidak ubah seperti kartel hingga wujud lebih 10 parti yang didominasi oleh orang Melayu. Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad berkata, segelintir... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Institusi politik negara ketika ini dilihat tidak ubah seperti kartel hingga wujud lebih 10 parti yang didominasi oleh orang Melayu.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad berkata, segelintir pemimpin pada masa ini sudah tidak segan silu mewujudkan kartel sendiri apabila berbeza pendapat dengan pucuk pimpinan parti atau apabila tidak berpuas hati apabila ada yang menerajui parti dalam tempoh lama.

"Sebab itu juga bila tak setuju sahaja (dengan pimpinan parti) mereka buka (parti) baharu," katanya yang menjadi tetamu undangan pada Program Bersama Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Hasan menjelaskan, ketika ini juga wujud taktik politik baharu dalam kalangan pemimpin Melayu yang dibawa dari budaya luar bagi memastikan kuasa mereka dapat dikekalkan.

"Taktik politik baharu di kalangan pemimpin Melayu itu ialah menjadikan pengundi terikat pada mereka dan salah satu yang paling mereka suka ialah berkaitan kemiskinan kerana kalau pengundi miskin, mereka akan terus bergantung kepada pemimpin politik.

"Bila kita bawa budaya luar yang bukan budaya kita sendiri, maka kita tidak dapat membina manfaat daripada sistem politik yang ada," ujar beliau.

Program Bersama, Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar menampilkan tetamu undangan, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM) Datuk Dr. Hasan Mad. Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor.

Sementara itu, ditanya tentang pembubaran Parlimen, Hasan berpendapat, ada kemungkinan pihak yang mendesak diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada musim banjir akan mendapat balasan.

"Risikonya terlampau tinggi untuk pihak yang merasakan dia boleh menang dalam keadaan begini kerana tiada seorang pun boleh membaca dengan tepar pemikiran pengundi muda atau pengundi 18 tahun," tegas Hasan lagi.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15.

Klik di sini untuk terus membaca