SHAH ALAM - Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad menyifatkan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang pernah dilakukan kerajaan sebelum ini rosak disebabkan kerana pemimpin mahu wujudkan legasi kepimpinannya sendiri.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad menyifatkan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang pernah dilakukan kerajaan sebelum ini rosak disebabkan kerana pemimpin mahu wujudkan legasi kepimpinannya sendiri.

Hasan berkata, disebabkan itu kesinambungan DEB itu tidak dilakukan dan digantikan dengan dasar yang lain.

"Saya terkilan sebab tak tahu kenapa pada 1990, kerajaan walaupun tidak umumkan menamatkan DEB yang baru berusia 20 tahun tetapi kerajaan tukarkan kepada Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Kecuali kalau ada cacat cela kepada pelaksanaan DEB.

"Jadi di MPM, kami bincang banyak kali dengan perangka dasar DEB, Dr Rais Saniman dan pakar-pakar ekonomi. Tempoh 20 tahun itu sebenarnya terlalu singkat dan belum cukup untuk sesuatu agenda yang besar itu matang," katanya yang menjadi tetamu undangan pada Program Bersama Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Justeru, Hasan berkata, kejayaan yang betul-betul kukuh daripada pelaksanaan DEB itu tidak dapat dicapai.

"Selain itu, DEB dilaksanakan tanpa agenda revolusi mental. DEB ini adalah satu agenda yang fizikal.

"Agenda yang membentuk revolusi minda itu tidak disekalikan jadi kita melalui proses DEB tanpa revolusi mental," tegas Hasan.

Menurutnya, meskipun DEB mempunyai garis masa sendiri tetapi ia boleh dilanjutkan dan tidak semestinya selepas mencapai usia 20 tahun pelaksanaan ia perlu ditamatkan.

"Misalnya katakan 20 tahun itu pendek dan tak sempat buahkan hasil yang kukuh, boleh minta dilanjutkan.

"Sebenarnya dalam DEB itu sendiri tak ada penentuan dari segi tempoh masa namun kerana pemimpin nak ada legasi dia sendiri, tak ada kesinambungan bagi pelaksanaan dasar ini," ujarnya lagi.

Klik di sini untuk terus membaca