AWANG teruja sangat baca berita bahawa Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail akan lawan Tuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datuk. Zahid bukan sembarangan orang. Beliau Presiden UMNO dan pernah jadi Timbalan Perdana Menteri. Walaupun Tawfik... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG teruja sangat baca berita bahawa Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail akan lawan Tuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datuk.

Zahid bukan sembarangan orang. Beliau Presiden UMNO dan pernah jadi Timbalan Perdana Menteri.

Walaupun Tawfik bukan orang besar politik masa ini tapi Allahyarham ayahnya adalah Tun Dr Ismail, mantan Timbalan Perdana Menteri masa zaman Tun Abdul Razak yang dikenali kerana integritinya.

Ada yang kata orang kuat Gerak Independent itu tak ada peluang nak menang. Dia orang Johor dan pernah jadi Ahli Parlimen Sungai Benut mewakili UMNO dari tahun 1986 hingga 1990.

Tawfik kata, beliau bawa tema 'Rakyat Lawan Rasuah'. Ditanya kenapa pilih Bagan Datuk, katanya, 'kepimpinan bersih harus bermula di sana.' Mungkin juga beliau maksudkan Zahid sekarang ada macam-macam kes dakwaan membabitkan rasuah.

Kata Tawfik lagi, pemimpin Melayu bukan sahaja harus bersih tetapi kelihatan bersih.

Ada orang kata buat habis beras sahaja Tawfik bertanding di kubu kuat Zahid. Kuatkah kubu Zahid di situ? Zahid menang 5,073 undi majoriti sahaja dalam PRU14.

Itu merupakan majoriti paling kecil di antara pemimpin tertinggi UMNO yang menang masa itu. Di DUN Hutan Melintang dalam Parlimen Bagan Datuk, calon UMNO tewas pada calon PKR. PKR juga menang di situ tahun 2013.

Kita tengoklah apa berlaku di sana.

Klik di sini untuk terus membaca