AWANG terbaca pandangan dua orang pakar guaman tentang kedudukan Bossku mantan Perdana Menteri. Kedua-dua mereka berkata, Bossku tak boleh bertanding dalam PRU15.
Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain serta tokoh peguam dan politik yang sekarang Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim sebulat suara berpandangan demikian.
Peliknya UMNO Pekan senaraikan juga nama Bossku sebagai salah seorang daripada lima orang yang dicadangkan untuk pertahan kerusi Parlimen Pekan.
Peguam Bossku juga mahu kes semakan kehakiman dipercepatkan oleh sebab ia ada kesannya pada peluang Bossku bertanding kelak.Makin peliklah keadaan itu bagi ramai orang.
Ada yang kata, peluang anak lelaki Bossku, Nizar lebih baik jika dicalonkan. Dia adalah Ketua Pemuda Pekan. Kenapa tak beri laluan pada beliau?
Jangan lupa Bossku sekarang bertaraf 'banduan' sehinggalah beliau mendapat pengampunan. Patutnya UMNO pandang ke hadapan, jangan pandang belakang.
Ada yang kata 'obsesi' UMNO terhadap Bossku tidak menguntungkan mereka. Apakah dengan menjual simpati, rakyat akan memilih UMNO?
Banyak jugalah orang bertanya mengapa UMNO masih terus bergayut harapan pada orang yang sudah didapati bersalah oleh lima mahkamah, sembilan hakim dan keputusan dibuat semasa pemerintahan UMNO sebagai teraju?
Setahu Awang, UMNO tak kurang pemimpin pada semua peringkat.
Klik di sini untuk terus membaca