SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berpotensi menjadi suram berbanding PRU14 berikutan setakat ini hanya dua negeri iaitu Pahang dan Perlis sah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Ketua Penyelidik ILHAM Centre,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berpotensi menjadi suram berbanding PRU14 berikutan setakat ini hanya dua negeri iaitu Pahang dan Perlis sah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, bilangan kecil DUN yang dibubarkan dan jangkaan kadar keluar mengundi yang rendah bakal menjadikan PRU15 lebih hambar berbanding PRU14.

"Walaupun dengan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik yang berkuat kuasa pada 15 Disember tahun lalu, saya jangkakan kadar keluar mengundi pada PRU15 jauh lebih rendah berbanding PRU14 dan ada beberapa faktor mempengaruhi jangkaan ini,” katanya kepada Sinar Premium.

Mohd Yusri

Mohd Yusri berkata, pengundi yang didaftarkan secara automatik tidak memiliki ghairah dan kesediaan keluar mengundi yang sama dengan pengundi yang berdaftar secara sukarela.

"Begitu juga anak-anak muda yang berada pada akhir usia remaja, kesediaan mereka untuk keluar mengundi pada tahap yang optimum masih jadi tanda tanya,” ujarnya.

Beliau berkata, satu lagi faktor berisiko merendahkan kadar keluar mengundi dalam kalangan pemilih PRU15 adalah majoriti negeri hanya berlaku pengundian untuk kerusi Parlimen sahaja, manakala beberapa negeri lain akan melakukan pilihan raya peringkat DUN.

Pada PRU14, pembubaran Parlimen menyaksikan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (kecuali Sarawak yang memiliki 82 DUN) dipertandingkan.

Bagaimanapun dalam edisi PRU15 selepas Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu, hanya dua negeri iaitu Perlis dengan 15 DUN dan Pahang (42 DUN) telah membubarkan DUN manakala Perak (59 DUN), statusnya masih menjadi tanda tanya.

Tiga negeri milik Pakatan Harapan (PH) iaitu Pulau Pinang (40 DUN), Selangor (56 DUN) dan Negeri Sembilan (36 DUN) serta negeri ditadbir Pas iaitu Kedah (36 DUN), Kelantan (45 DUN) dan Terengganu (32 DUN) kekal dengan pendirian tidak membubarkan DUN tahun ini.

Senarai kerajaan negeri yang tidak perlu dibubar, sedang memohon serta tidak pohon pembubaran DUN sempena pembubaran Parlimen bagi memberi laluan pelaksanaan PRU15.

Untuk PRU15 ini juga, satu-satunya kerusi DUN di Sabah iaitu DUN Bugaya akan diadakan serentak dengan Pusat selepas Yang di-Pertuan Agong perkenan pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat.

DUN Bugaya sebelum ini diisytihar kosong selepas penyandangnya, Allahyarham Manis Muka Mohd Dara sebelum meninggal dunia pada 17 November 2020.

Allahyarham Manis Muka memenangi kerusi DUN Bugaya atas tiket Parti Warisan dengan majoriti 6,005 undi menewaskan enam pencabar lain dalam pertandingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 pada 26 September 2020.

Bagi 238 lagi kerusi DUN di Sabah (59 DUN selepas tolak DUN Bugaya), Sarawak (82 DUN), Johor (56 DUN) dan Melaka (28 DUN) pula, kesemuanya tidak akan dipertandingkan memandangkan negeri itu baru selesai mengadakan pilihan raya negeri.

"Apabila majoriti kerusi DUN tidak dipertandingkan dalam PRU15 ini, suasana pilihan raya akan jadi sedikit ‘sejuk’,” kata Mohd Yusri.

Klik di sini untuk terus membaca