SHAH ALAM - Kekuatan dan kredibiliti yang ditonjolkan oleh calon Perdana Menteri bagi setiap parti atau mana-mana gabungan dilihat berupaya menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Penganalisis Sosiopolitik, Datuk M... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kekuatan dan kredibiliti yang ditonjolkan oleh calon Perdana Menteri bagi setiap parti atau mana-mana gabungan dilihat berupaya menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis Sosiopolitik, Datuk M Periasamy berkata, pilihan raya kali ini menyaksikan pengundi lebih berminat untuk menilai kewibawaan calon yang diketengahkan berbanding parti itu sendiri.

Beliau berpandangan, dalam konteks PRU15, rakyat menerima baik kepimpinan yang ditonjolkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri berbanding calon parti lain.

"Calon Perdana Menteri daripada parti lain seperti Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati gagal memenangi hati sebahagian besar rakyat khususnya pengundi bukan Melayu berbanding Ismail Sabri.

"Keseluruhannya, kewibawaan dan integriti calon yang bertanding akan menjadi tumpuan serta sokongan pengundi pada kali ini, bukan parti semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai pencalonan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, Periasamy berkata, keputusan itu dijangka turut mempengaruhi minda politik sebahagian besar pengundi khususnya bukan Melayu.

Apatah lagi katanya, Naib Presiden UMNO itu sudah pun ditetapkan sebagai poster boy BN oleh kepimpinan UMNO pada PRU15.

"Dengan menonjolkan beliau sebagai seorang pemimpin yang neutral, tidak ada kes mahkamah dan sebagainya, maka ini satu pencalonan yang amat strategik.

"Ia akan membantu BN meraih sokongan daripada pengundi, sama ada daripada kaum Melayu atau bukan Melayu.

"Pencalonan oleh kepimpinan UMNO ini juga secara automatik akan mendapat sokongan daripada kebanyakan ahli melibatkan parti komponen lain seperti MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS),” ujar beliau.

Klik di sini untuk terus membaca