SHAH ALAM - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyuarakan kebimbangan apabila mengetahui suaminya akan kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Namun sebagai... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyuarakan kebimbangan apabila mengetahui suaminya akan kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Namun sebagai wanita yang sentiasa menyokong setiap tindakan suaminya, Dr Siti Hasmah menyarankan beberapa 'syarat' untuk dituruti oleh Dr Mahathir ketika keluar berkempen.

"Saya dah luahkan perasaan (kebimbangan) kepada suami (Dr Mahathir) dan pegawai-pegawai di pejabat. Kalau buat road show (jika) nak pergi ke setiap daerah, sukar.

"Kalau nak pergi, biarlah pergi ke ibu negeri sahaja, (contoh) kalau di Kedah, pergi ke Alor Setar sahaja, orang ramai boleh berkumpul di sana. Kalau di Perak (pergi) Ipoh sahaja, tak perlu ke daerah-daerah lain.

"Kenapa semua program kempen-kempen dilakukan pada waktu malam...saya bimbang kalau (program) malam,” katanya ketika ditemui selepas program Mak Untuk Malaysia (MUM) yang berlangsung di Kompleks Karangkraf di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi dalam PRU15 akan datang, namun parti itu belum memutuskan untuk mencalonkan beliau sebagai calon Perdana Menteri ke-10.

SETIA MENEMANI... Gambar dirakam pada awal Februari lalu sewaktu Dr Siti Hasmah (kiri) berbual dengan Dr Mahathir di kediaman mereka.

Dalam pada itu, Dr Siti Hasmah, 95, turut menyarankan penganjur program yang bakal dihadiri Dr Mahathir ketika tempoh berkempen untuk lebih peka dengan keadaan suaminya.

"Saya minta tolong (penganjur) untuk aturkan, kalau beliau pergi, jangan terus masuk ke dewan. Biarlah ketika sampai, beri ruang untuk Tun M rehat sebentar (atau) solat dahulu, baru mula (program),” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai kesediaan Dr Mahathir memimpin negara sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri buat kali ke-3 selepas PRU15, Dr Siti Hasmah beranggapan tempoh setahun adalah waktu sesuai untuk suaminya memegang jawatan tersebut.

"Cukuplah setahun sahaja, cukup-cukuplah.

"Saya tahu rakyat semua nampak yang keadaan Tun M macam orang muda, keluar rumah buat kerja, tetapi mereka tidak lihat orang tua yang akan pulang ke saya (rumah) waktu petang.

Klik di sini untuk terus membaca