AWANG sebetulnya sokong penuh 'pendedahan' Cikgu Fadli Mohamed Salleh tentang beberapa kelemahan sistem pendidikan kita. Awang juga harap lebih banyak guru menyuarakan pandangan mereka secara terbuka.
Bagi Awang ini bukan lagi soal etika keguruan. Awang percaya orang seperti Cikgu Fadli sedar risiko yang beliau hadapi apabila berbuat demikian. Banyak perkara munasabah yang beliau bangkitkan.
Harap orang-orang atasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak sibuk berpolitik.
Kita juga harap ketua-ketua jabatan KPM tidak sibuk nak jaga nama baik kementerian, sehingga pandangan orang macam Fadli tak diambil peduli.
Bila jadi tular barulah sibuk. Tindakan pertama bukan ambil ingatan, tapi nak cari salah guru berkenaan dan nak kenakan tindakan tatatertib. Awang harap budaya lama ini harus diubah. KKM kena ikut perubahan zaman.
Orang banyak tegur kelemahan sistem pendidikan kita. Macam kata Fadli, ada silibus yang tak masuk akal dimuatkan. Awang pun diberitahu guru sekarang tak macam dulu, habis masa nak isi borang itu dan ini.
Fadli bukan cakap perkara baharu. Perkara yang beliau bangkitkan semua orang sudah tahu. Tapi kelemahan itu berterusan.
Sistem pendidikan kita nampaknya sudah begitu rigid kata orang putih, tak boleh terima perubahan dan penyesuaian.
Klik di sini untuk terus membaca