BOSTON - Tindakan sekumpulan saintis di sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS) mencipta strain baharu Covid-19 yang boleh membawa maut telah mengundang kecaman banyak pihak. Mereka didakwa seperti 'bermain dengan api' selepas... Klik di sini untuk terus membaca

BOSTON - Tindakan sekumpulan saintis di sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS) mencipta strain baharu Covid-19 yang boleh membawa maut telah mengundang kecaman banyak pihak.

Mereka didakwa seperti 'bermain dengan api' selepas penyelidik berkenaan menghasilkan virus hibrid yang menggabungkan varian Omicron dengan strain asal dari Wuhan.

Daily Mail melaporkan virus hibrid itu telah membunuh tikus makmal yang digunakan dalam kajian tersebut.

Pendedahan itu membuktikan penyelidikan manipulasi virus sebenarnya adalah sangat berbahaya selepas pandemik Covid-19 sebelum ini yang dikaitkan dengan sebuah makmal di bandar Wuhan, China yang pertama kali merekodkan kes virus berkenaan walaupun perkara itu tidak disahkan.

Tetapi, kajian gain of function (GOF) itu dikatakan telah sekian lama berdepan sekatan sejak 2017.

Di bawah kajian dilakukan oleh penyelidik di Boston University itu, mereka mengekstrak lonjakan protein Omicron yang merupakan struktur unik yang mengikat dan menyerang sel manusia.

Keputusan penyelidikan sebelum ini menunjukkan varian Omicron yang telah mencetuskan lonjakan kes jangkitan di kebanyakan negara mempunyai puluhan mutasi pada lonjakan protein yang menjadikan ia sangat mudah berjangkit.

Saintis itu kemudiannya menggabungkan lonjakan protein Omicron dengan strain asal Covid-19 yang pertama kali muncul di Wuhan.

"Strain Omicron biasa hanya menyebabkan gejala ringan pada tikus makmal manakala Omicron gen S menyebabkan penyakit teruk dengan kadar kematian sebanyak 80 peratus.

Strain Omicron biasa hanya menyebabkan gejala ringan pada tikus makmal manakala Omicron gen S menyebabkan penyakit teruk dengan kadar kematian sebanyak 80 peratus.

"Virus hibrid itu jelas menunjukkan lonjakan protein penyebab kepada jangkitan manakala perubahan pada bahagian lain strukturnya menentukan tahap bahaya strain tersebut," menurut laporan kajian berkenaan.

Saintis Boston juga melakukan penyelidikan untuk melihat kesan strain berbeza yang dihasilkan di makmal pada sel paru-paru manusia.

Hasil kajian mereka mendapati strain hibrid menghasilkan zarah virus lima kali ganda berbanding varian asal Omicron.

Mereka percaya virus hibrid tersebut tidak mungkin membawa maut kepada manusia seperti yang berlaku pada tikus makmal memandangkan kedua-duanya mempunyai tindak balas imun yang berbeza terhadap koronavirus.

Eksperimen kurang bijak

Berita tentang penyelidikan mengubah patogen untuk meningkatkan potensinya telah mencetuskan kemarahan banyak pihak yang bimbang kejadian kebocoran makmal seperti didakwa sebelum ini mungkin berulang.

Profesor mikrobiologi di University of East Anglia, David Livermore berpendapat penyelidikan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan.

"Eksperimen ini nampaknya kurang bijak memandangkan terdapat kemungkinan koronavirus berpunca daripada kebocoran makmal," katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Israel Institute for Biological Research, Shmuel Shapira turut senada dengan Livermore.

"Kajian seperti itu sepatutnya diharamkan," tegasnya.

Ahli kimia di Rutgers University di New Brunswick, New Jersey, Dr Richard Ebright pula mengesyorkan pengawasan terhadap penyelidikan patogen yang berpotensi mencetuskan pandemik perlu ditingkatkan untuk mengelakkan penularan 'virus yang dihasilkan di makmal' seterusnya.

Boston University bagaimanapun mempertahankan kajian mereka dengan menyatakan ia bukan penyelidikan GOF dan tidak menjadikan strain asal Covid-19 lebih berbahaya.

"Keputusan kajian kami telah mereplikakan virus kurang berbahaya," ujar institusi pengajian tinggi itu.

Penulis utama laporan penyelidikan itu juga cuba meredakan kebimbangan ramai dengan menyatakan ia akan membantu mereka untuk lebih memahami tentang varian Omicron di samping menghasilkan rawatan baharu.

"Selaras dengan kajian diterbitkan saintis lain, penyelidikan kami membuktikan bukan lonjakan protein yang mendorong kepatogenan Omicron sebaliknya protein virus lain.

"Penentuan protein akan membawa kepada diagnostik dan strategi pengurusan penyakit lebih baik," jelas Mohsan Saeed. - Agensi Penyelidik Boston bukanlah satu-satunya saintis yang melakukan penyelidikan berbahaya tentang virus hibrid selepas Covid-19 kini memasuki fasa endemik.

Pada bulan lalu, EcoHealth Alliance iaitu sebuah syarikat swasta yang bertanggungjawab terhadap penyelidikan sama di Insititut Wuhan telah diberikan geran berjumlah AS$650,000 (RM3.07 juta) oleh AS untuk menjalankan kajian tentang kemunculan koronavirus kelawar di Myanmar, Laos dan Vietnam pada masa depan.

INFO

- Penyelidik Boston bukanlah satu-satunya saintis yang melakukan penyelidikan berbahaya tentang virus hibrid selepas Covid-19 kini memasuki fasa endemik.

- Pada bulan lalu, EcoHealth Alliance iaitu sebuah syarikat swasta yang bertanggungjawab terhadap penyelidikan sama di Insititut Wuhan telah diberikan geran berjumlah AS$650,000 (RM3.07 juta) oleh AS untuk menjalankan kajian tentang kemunculan koronavirus kelawar di Myanmar, Laos dan Vietnam pada masa depan.

Klik di sini untuk terus membaca