TALLAHASSEE - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, negeri Florida di Amerika Syarikat (AS) merekodkan peningkatan kes bakteria pemakan daging tahun ini, sebahagiannya berpunca daripada banjir di daerah paling teruk dilanda Taufan Ian. Jabatan... Klik di sini untuk terus membaca

TALLAHASSEE - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, negeri Florida di Amerika Syarikat (AS) merekodkan peningkatan kes bakteria pemakan daging tahun ini, sebahagiannya berpunca daripada banjir di daerah paling teruk dilanda Taufan Ian.

Jabatan Kesihatan negeri itu melaporkan, setakat ini terdapat 65 kes jangkitan bakteria karnivor vibrio vulnificus dan 11 kematian di Florida tahun ini, berbanding 34 kes serta 10 kematian dilaporkan sepanjang 2021.

Di daerah Lee County yang dilanda Taufan Ian bulan lalu, Jabatan Kesihatan melaporkan 29 kes dan empat kematian.

Pegawai kesihatan bagaimanapun tidak memberi butiran bilangan kes sebelum atau selepas taufan itu melanda.

Pada awal bulan ini, pegawai kesihatan di daerah itu memberi amaran kepada orang ramai bahawa persekitaran selepas taufan termasuk banjir termenung, dengan air yang belum surut terdedah kepada suhu panas boleh menimbulkan bahaya kerana ia dicemari bakteria berpotensi membawa maut.

Jangkitan vibrio vulnificus adalah salah satu daripada 12 jenis bakteria yang menyebabkan jangkitan pada manusia.

"Air banjir yang tidak surut berikutan taufan menimbulkan banyak risiko termasuk penyakit berjangkit seperti vibrio vulnificus,” menurut Jabatan Kesihatan daerah dalam siaran berita 3 Oktober lalu.

Ia turut menggesa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga. Jangkitan vibrio vulnificus adalah salah satu daripada 12 jenis bakteria yang menyebabkan jangkitan kepada manusia.

Tanda-tanda jangkitan termasuk cirit-birit, sakit perut, rasa loya, muntah-muntah, demam dan menggigil.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) menganggarkan bahawa bakteria itu menyebabkan 205 jangkitan di seluruh negara setiap tahun.

Jangkitan vibrio vulnificus menyebabkan berlakunya necrotizing fasciitis iaitu suatu keadaan di mana tisu mangsa mereput akibat toksin yang dirembeskan bakteria.

Jangkitan vibrio vulnificus menyebabkan tisu mangsa mereput akibat toksin yang dirembeskan bakteria.

Akibatnya, tisu terlibat akan melepuh, luka dan berbau.

Disebabkan bakteria tersebut boleh ‘memakan’ tisu dan organ dalam masa singkat, ia mampu menyebabkan kegagalan pelbagai organ yang bukan sahaja mengakibatkan sebahagian anggota pesakit dipotong, bahkan boleh membunuh satu daripada tiga mangsa jangkitan.

Menurut statistik CDC, antara 15 hingga 30 peratus daripada 205 jangkitan boleh membawa maut.

Air banjir yang tidak surut berikutan taufan menimbulkan banyak risiko termasuk penyakit berjangkit.

Malah, penyakit berkenaan diklasifikasikan sebagai antara 10 penyakit paling teruk disebabkan kadar sembuh yang amat rendah dan kadar kematian yang tinggi dalam tempoh 24 jam jangkitan termasuk di negara maju seperti Eropah serta AS. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca