AWANG tidaklah terperanjat sangat apabila Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) umumkan kos selenggara PRU15 adalah RM1.01 bilion. Tak murah harga mengurus pilihan raya rupanya. Pada tahun 1959, dalam pilihan raya pertama selepas merdeka,... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tidaklah terperanjat sangat apabila Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) umumkan kos selenggara PRU15 adalah RM1.01 bilion. Tak murah harga mengurus pilihan raya rupanya.

Pada tahun 1959, dalam pilihan raya pertama selepas merdeka, kosnya RM1.4 juta sahaja.

Oleh sebab itu, kita kena hormati keputusan PRU. Janganlah tebuk sana tebuk sini, langkah sana langkah sini, gerak sana gerak sini selepas rakyat beri mandat. Apabila rakyat buat pilihan, hormatilah pilihan itu.

Awang juga teruja tengok angka yang terlibat dalam PRU15 ini. Keseluruhannya terdapat 21.1 juta orang yang layak mengundi.

Jumlah pengundi paling ramai adalah di Selangor dengan 3.6 juta pengundi.

Dari jumlah 21.1 juta itu, terdapat 1.3 juta mereka yang berumur dari 18 hingga 20 tahun yang pertama kali mengundi.

Nampaknya perang kali ini adalah untuk menawan mereka 'di atas pagar'. Banyak yang belum buat keputusan nak undi parti mana.

Ada di antara mereka yang mungkin dah fed-up kata orang putih dengan sistem politik dan orang politik.

Oleh sebab itu, Awang fikir sesiapa yang boleh tawan hati dan perasaan pengundi atas pagar akan menang kali ini.

Awang cuma nak ingatkan pentingnya satu jari yang akan ubah negara. Jangan anggap hak mengundi itu mudah.

Masa depan negara kita bergantung pada jari yang membuat pilihan.

Klik di sini untuk terus membaca