SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mencalonkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri atas kesepakatan bersama. Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mencalonkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri atas kesepakatan bersama.

Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, pencalonan dibuat berdasarkan persetujuan ke semua parti komponen di dalam gabungan itu.

"Ini bukan syok sendiri, ini adalah soal memacu negara bukan soal satu individu sahaja, ianya adalah soal sekumpulan yang membawa aspirasi yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar harian siri ke-371 ‘Pengundi Muda Bosan atau Teruja’ yang disiarkan disemua platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis Timbalan Ketua AMK, Kamil Munim; Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda dan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO, Mohd Hafeez Che Mat manakala Ismail Adnan bertindak selaku moderator.

"Faktor idealisme sebagai contoh sedangkan dalam perlembagaan jelas ada klausa yang disebut sebagai doktrin parti tanggungjawab bersama,” katanya.

Tambahnya, Pas yang bertekad untuk tidak bersama BN dan akhirnya memilih terus berada dalam satu gagasan bersama PN setelah bersama dalam dua pilihan raya negeri (PRN).

"Akhirnya pada PRU15, kita (Pas dan Bersatu) terus bersama dan jika berjaya jadi pilihan rakyat ianya dapat membawa perubahan dalam kebersamaan,” katanya.

Jelasnya, terdapat pergolakan dalam BN, UMNO sendiri siapa yang hendak jadi perdana menteri.

"Ada kelompok yang pro Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Tetapi PN jika disebut Muhyiddin kita sepakat itulah calonnya yang akan membawa berdasarkan ‘track record’ biar siapapun nak cakap secara sentimen tapi kita tak boleh tipu dari konteks data,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca