SHAH ALAM - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) sanggup mengambil risiko melompat kawasan iaitu bertanding di tempat lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini untuk membuka laluan kepada tokoh-tokoh baharu. Ketua Pemuda Parti Amanah... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) sanggup mengambil risiko melompat kawasan iaitu bertanding di tempat lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini untuk membuka laluan kepada tokoh-tokoh baharu.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda berkata, beliau menjangkakan sebahagian besar bekas ahli Parlimen PH termasuk Amanah akan bertanding di kerusi lain atau akan melepaskan kerusi dan tidak bertanding lagi untuk memberi peluang kepada orang muda.

"Ini bagi saya satu lonjakan yang besar dibuat PH dan Amanah untuk mengiktiraf orang muda," katanya selaku panelis pada Wacana Sinar Edisi 371 bertajuk Pengundi Muda Bosan Atau Teruja? yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Bergandingan bersama beliau sebagai panelis adalah Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim; Pengerusi Tetap Pemuda UMNO, Mohd Hafeez Che Mat dan Ketua Penerangan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir sementara Ismail Adnan bertindak selaku moderator.

Mohd Hasbie menjelaskan, apabila seseorang ahli Parlimen yang pernah menang besar meninggalkan kawasannya, ia bermaksud kerusi itu selamat.

Beliau memberitahu, jika calon muka baharu yang ditonjolkan itu menang, ia sekali gus akan menambah tokoh pemimpin mereka.

Katanya, laluan yang diberikan kepada muka baharu itu juga seiring dengan keseimbangan yang perlu ada antara pengundi dan wakil rakyat.

"Kalau ikut keseimbangan pengundi muda yang berjumlah 58 peratus dalam PRU15 kali ini, sepatutnya separuh daripada ahli Parlimen yang dipilih adalah dari kalangan orang muda," ujarnya lagi.

Klik di sini untuk terus membaca