TAWFIK anak mantan Timbalan PM, Allahyarham Tun Dr Ismail nak lawan Presiden UMNO di Bagan Datuk. Tapi beliau tak ada parti. Beliau hanya ada Gerak Independent. Ada yang cadangkan beliau 'tumpang' Pakatan Harapan (PH). Maksudnya... Klik di sini untuk terus membaca

TAWFIK anak mantan Timbalan PM, Allahyarham Tun Dr Ismail nak lawan Presiden UMNO di Bagan Datuk.

Tapi beliau tak ada parti. Beliau hanya ada Gerak Independent.

Ada yang cadangkan beliau 'tumpang' Pakatan Harapan (PH). Maksudnya PH jadikan beliau calon PH walaupun beliau bukan ahli mana-mana parti PH.

Nampaknya banyak yang sokong cadangan itu. Di antaranya mantan orang kuat DAP, Lim Kit Siang.

Awang setuju juga PH 'bawa' Tawfik. Lebih banyak baik daripada buruknya.

Awang yakin PH tak ada calon hebat nak lawan Tuk Seri Zahid melainkan kalau Tuk Seri Anwar atau Bang Mat Sabu ke sana.

Apa salahnya sokong calon macam Tawfik? Orang tahu siapa dia dan ayahnya. Dia bawa mesej yang sama dengan PH. Dia mahu pemimpin yang tak dicalar tuduhan amalan rasuah ke Parlimen. Awang rasa akan bertemu buku dengan ruas kalau Tawfik ke sana.

Tapi atas dasar dirinya sendiri, Tawfik tak ada peluang untuk menang.

Awang harap pemimpin PH berlapang dada dalam kes ini.

Klik di sini untuk terus membaca