SHAH ALAM - Kajian beberapa pusat penyelidikan tempatan dan antarabangsa mendapati pengundi belia negara ini agak ketinggalan dalam aspek kesedaran berpolitik berbanding negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Ia dapat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kajian beberapa pusat penyelidikan tempatan dan antarabangsa mendapati pengundi belia negara ini agak ketinggalan dalam aspek kesedaran berpolitik berbanding negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

Ia dapat dilihat menerusi kajian penilaian Indeks Belia Malaysia 2020 dilakukan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (Iyres) yang menunjukkan skor indeks bagi domain sosialisasi politik belia berlaku penurunan mendadak.

Daripada data kajian Indeks Pembangunan Belia 2020, skor indeks bagi domain sosialisasi politik belia menurun mendadak daripada 29.03 pada tahun 2019 kepada 27.75 (tahun 2020).

Permasalahan sama juga dihadapi sebilangan besar negara lain di seluruh dunia apabila jumlah pengundi generasi YZ untuk keluar mengundi masih rendah.

Media antarabangsa, New York Times dalam satu analisis merumuskan bilangan orang muda yang keluar mengundi di sejumlah 24 negara yang baharu mengadakan pilihan raya sekitar tahun 2020, adalah rendah berbanding jumlah keseluruhan negara lain.

Bagaimanapun, Pengarah Advokasi dan Pengasas Bersama Undi-18, Tharma Pillai berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu wajar menjadi petanda jelas bahawa kecenderungan pengundi generasi Z - terdiri remaja lepasan sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi - untuk keluar mengundi mungkin menjadi lebih tinggi dan memberangsangkan.

Beliau kemudiannya memberikan pandangan skeptikal mengenai kemungkinan partisipasi pengundi generasi Y meliputi umur 30 hingga 39 tahun menjadi lebih tinggi pada PRU15 berasaskan faktor kekangan ekonomi, logistik, kelesuan politik mahu pun akur tuntutan pekerjaan.

"Pada PRN Johor, segmen pengundi muda berusia 18 hingga 22 tahun sebenarnya mencatatkan kadar peratusan keluar mengundi yang sejajar dengan purata keseluruhan daftar pemilihan yang keluar mengundi iaitu sekitar 54 hingga 55 peratus.

"Ini bermakna peratusan kelompok itu untuk keluar mengundi agak memberangsangkan. Cuma bagi segmen pengundi belia berumur 25 tahun hingga 39 tahun sahaja yang mencatatkan kadar peratusan keluar mengundi agak rendah.

"Secara jelasnya, saya berkeyakinan kadar peratusan pengundi generasi Z untuk berpartisipasi pada PRU15 bakal menjadi lebih baik.

"Namun, untuk golongan pengundi generasi Y yang kebanyakan mereka merupakan golongan pekerja, kadar keterlibatan mereka untuk mengundi mungkin masih pada tahap rendah kerana kekangan logistik dan ekonomi," ujar Tharma kepada Sinar Premium.

Pandangan Tharma itu sebenarnya turut disokong pemerhati politik dan penyelidik di Universiti of Nottingham-Malaysia, Bridget Welsh.

Dalam satu analisis disiarkan media tempatan, Welsh mendapati sejumlah 54 peratus daripada kumpulan pengundi berusia 18 hingga 21 tahun mengundi pada PRN Johor, iaitu hampir sama dengan kelompok usia 21 hingga 25 tahun dan 41-45 tahun.

Menyentuh trend pemilihan pengundi generasi YZ pada PRU15, Tharma bagaimanapun menolak tanggapan majoriti kelompok itu akan cenderung mengikuti pilihan keluarga dalam menentukan parti politik yang hendak diundi.

Sebaliknya, beliau percaya faktor utama kelompok generasi YZ mengundi sesebuah parti adalah berdasarkan pengaruh lebih besar daripada golongan rakan sebaya, media sosial serta pertimbangan naratif politik lebih menangkap imaginasi mereka.

Klik di sini untuk terus membaca