SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini menyaksikan parti-parti politik bakal bersaing sengit sekurang-kurangnya di 145 kerusi Parlimen majoriti pengundi Melayu/bumiputera di Semenanjung dan Sabah. Pertembungan empat parti utama... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini menyaksikan parti-parti politik bakal bersaing sengit sekurang-kurangnya di 145 kerusi Parlimen majoriti pengundi Melayu/bumiputera di Semenanjung dan Sabah.

Pertembungan empat parti utama iaitu Barisan Nasional (UMNO), Perikatan Nasional (Bersatu dan Pas), Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) serta Gerakan Tanah Air (Pejuang, Putra dan Iman) berlaku selepas parti-parti tersebut gagal membentuk sebarang pakatan setakat ini.

Bagaimanapun, persaingan itu mungkin tidak berlaku di Sarawak kerana ketiadaan UMNO, selain politik negeri berkenaan masih dikuasai parti tempatan.

Rakyat Malaysia mengharapkan kerajaan yang lebih stabil akan berjaya dibentuk selepas PRU15.

Antara kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu lebih 90 peratus termasuklah Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Bachok, Pasir Puteh, Jeli, Besut, Marang, Parit, Sik, Larut, Pengerang, Jerlun, Kuala Krau, Kemaman dan Putrajaya.

Sementara itu, antara kerusi yang mempunyai lebih 80 peratus pengundi Melayu ialah Baling, Pendang, Arau, Rompin, Pasir Salak, Lenggong, Masjid Tanah, Sabak Bernam, Kubang Pasu, Gua Musang dan Mersing.

Berbeza dengan PRU14 yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru, pilihan raya kali ini dilihat lebih sengit dan menarik dengan pengundi Melayu akan berpecah kepada empat pilihan sama ada memangkah BN, PN, PH atau GTA.

Bagaimanapun, PN menerusi Bersatu dan Pas dijangka berupaya mencabar serta mendominasi Kelantan dan Terengganu, manakala PH menerusi PKR dan Amanah berpotensi menang banyak kerusi Melayu/bumiputera bandar di Selangor serta Perak.

Walaupun Pejuang dilihat kurang cemerlang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, namun parti itu mungkin berpeluang menang di beberapa kerusi menerusi calon heavyweight mereka iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ramai penganalisis politik melihat pertembungan BN, PN, PH dan GTA itu mungkin menyebabkan Parlimen tergantung apabila tiada parti mampu memperoleh majoriti mudah atau menang sekurang-kurangnya 112 kerusi.

Jika fenomena itu benar-benar berlaku, desakan BN supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen dan mengembalikan mandat kepada rakyat boleh dianggap sia-sia kerana gagal mencapai matlamat iaitu mewujudkan kerajaan stabil dan kuat.

Klik di sini untuk terus membaca