PADA tahun 2018, pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg pernah menjadi individu ketiga paling kaya di dunia dengan kekayaannya dianggarkan AS$81.6 bilion (RM385.27 bilion) dan berada di belakang pelabur Amerika Syarikat (AS), Warren... Klik di sini untuk terus membaca

PADA tahun 2018, pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg pernah menjadi individu ketiga paling kaya di dunia dengan kekayaannya dianggarkan AS$81.6 bilion (RM385.27 bilion) dan berada di belakang pelabur Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett yang berada di tempat kedua manakala pengasas bersama Microsoft, Bill Gates pula menduduki tangga pertama.

Namun, pada Khamis lalu, Zuckerberg menduduki tangga ke-29 dalam senarai Forbes bilionair paling kaya di dunia dengan kekayaannya dianggarkan berjumlah AS$36 bilion (RM169.97 bilion) setelah beliau kehilangan kekayaaan sebanyak AS$11.1 bilion (RM52.41 bilion).

Pada September 2021, Zuckerberg mencapai kekayaannya tertingginya dengan nilai bersih bernilai AS$142 bilion (RM670 bilion).

Namun, beliau telah melihat nilai bersihnya menjunam lebih daripada AS$100 bilion (RM472.25 bilion) dalam tempoh 13 bulan lepas kerana harga saham syarikatnya, Meta menjunam.

Pada tahun 2020, beliau merupakan bilionair keempat paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaan AS$86.5 bilion (RM408.50 bilion) meningkat daripada kedudukan ketujuh berdasarkan senarai orang terkaya dunia Forbes yang diterbitkan pada awal April pada tahun sama.

Bagaimanapun, kejatuhannya bermula selepas tahun 2020, apabila Zuckerbeg berada di tangga ke-11 dan seterusnya menurun pada kedudukan ke-25 dan akhirnya berada di nombor 29 berdasarkan senarai bilionair Forbes pada Khamis lalu.

Dalam senarai Forbes pada Khamis lalu itu, bilioniar paling kaya kekal milik pengasas bersama kenderaan elektrik Tesla, Elon Musk dengan anggaran kekayaannya bernilai AS$220.6 bilion (RM1.04 trilion) diikuti pelabur dan penjual barangan mewah dari Perancis, Bernard Arnault serta keluarganya dengan kekayaannya dianggarkan sebanyak AS$160.3 bilion (RM757.02 bilion).

Tempat ketiga pula ialah Jeff Bezos iaitu pengasas syarikat peruncitan dalam talian iaitu Amazon yang kekayaan dianggarkanbernilai AS$135.9 bilion (RM641.79 bilion) diikuti bilionair infranstruktur dari India, Gautam Adani dengan anggaran kekayaan AS$130.6 bilion (RM616.76 bilion) dan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates berada di tangga kelima mwenerusi kekayaannya dianggarkan AS$101.8 bilion (RM480.75 bilion).

Zuckerberg kali pertama muncul dalam senarai bilionair Forbes ialah pada tahun 2008 ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Facebook semasa berumur 23 tahun dengan anggaran kekayaannya ialah AS$1.5 bilion (RM7.08 bilion) sekali gus merupakan orang paling muda berada dalam senarai tersebut pada tahun itu.

Penampilannya dalam senarai tersebut dikagumi kerana beliau tidak meneruskan pengajiannya di Universiti Harvard sebaliknya menumpukan perhatian terhadap rangkaian sosial, Facebook yang dicipta bersama beberapa rakannya di universiti tersebut pada tahun 2004.

Apakah punca yang menyebabkan kekayaan Zuckerbergitu merosot teruk?

Facebook mempunyai laporan pendapatan yang teruk sebelum ini iaitu dalam laporan pendapatan suku kedua pada Julai 2018 sekali gus ia memberi amaran tentang penurunan dalam pertumbuhan hasil dan margin yang lebih ketat.

Kejatuhan itu seterusnya merosot apabila saham syarikat Meta iaitu nama baharu bagi menggantikan Facebook sejak Oktober tahun lalu merosot 19 peratus dalam dagangan selepas waktu kerja kepada AS$105.20 (RM496.81) sesaham pada Rabu.

Ia berlaku selepas syarikat milik Zuckerberg itu melaporkan penurunan sebanyak 52 peratus dalam keuntungan kepada AS$4.4 bilion (RM20.78 bilion) pada suku tahun ketiga pada tahun 2022.

Syarikat itu juga menyaksikan penurunan pendapatan sebanyak empat peratus kepada AS$27.7 bilion (RM130.81 bilion) pada September dan bagi suku yang sedang berjalan manakala unjuran pendapatannya berjumlah AS$30-AS$32.5 bilion (RM141.68 - RM153.48 bilion) iaitu lebih rendah daripada tahun lalu.

KEGAGALAN

Penurunan itu juga disebabkan oleh kegagalam untuk mendapatkan pengiklanan yang lebih banyak dan ia diakui oleh syarikat tersebut pada Rabu lalu.

Menurutnya, pendapatannya menurun untuk suku kedua berturut-turut kerana Meta bergelut dengan penurunan jualan pengiklanan kerana persaingan sengit daripada aplikasi media sosial yang semakin meningkat iaitu TikTok.

"Facebook (kini Meta) membuat sebahagian besar wangnya daripada pengiklanan dan kini ia tidak mempunyai data itu lagi,” kata Mark Zgutowicz iaitu seorang penganalisis di firma penyelidikan dan perbankan syarikat Benchmark.

Tambahan pula, saham syarikat Meta turut jatuh sebanyak 25 peratus kepada AS$97.94 (RM415.30) pada Khamis dalam suasana pasaran saham AS tidak bergerak aktif disebabkan tentera Rusia menyerang Ukraine sejak 24 Februari lalu.

Zuckerberg yang kini berusia 38 tahun itu juga telah dikritik oleh pelabur dan pemegang saham kerana pertaruhannya yang bercita-cita tinggi untuk menjayakan teknologi Metaverse yang telah menyebabkan belanjawan Meta melonjak sehingga memberikan tekanan kepada perniagaan terasnya.

Metaverse ialah suatu bentuk teknologi tentang bagaimana generasi internet akan datang beroperasi dan melibatkan persekitaran digital yang dipertingkatkan bagi membolehkan penggunanya bergerak dengan lancar antara melakukan pekerjaan, bermain, membeli-belah, bersosial serta berkreativiti dalam satu landskap digital.

Nama syarikat induk Facebook ditukar kepada Meta pada tahun lalu. - Foto AFP

Bagaimanapun, Zuckerberg yakin pelaburannya dalam teknologi Metaverse itu akan membuahkan hasil pada masa depan.

"Saya dapati bahawa ramai orang mungkin tidak bersetuju dengan pelaburan ini. Tetapi daripada apa yang saya boleh beritahu, saya fikir ini akan menjadi perkara yang sangat penting.

"Saya fikir adalah satu kesilapan untuk kita tidak memberi tumpuan kepada mana-mana bidang ini yang saya fikir akan menjadi asas penting pada masa depan,” kata Zuckerberg pada Rabu selepas pasaran saham AS ditutup.

Beliau juga pernah berkata bahawa syarikat itu sanggup membelanjakan sebanyak AS$10 bilion (RM47.23 bilion) setahun untuk mewujudkan metaverse dan melabur dalam set kepala realiti maya itu.

Justeru, penurunan kedudukan itu tidak melemahkan semangat Zuckerberg untuk meneroka metaverse dan melibatkan syarikatnya dalam pembinaan teknologi tersebut. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca