BANYAKLAH orang yang anggap janji Tuk Seri Zahid nak lantik tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM) jikalau BN menang sebagai taktik yang silap. Dia janji seorang TPM dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sebetulnya dalam Perlembagaan Malaysia... Klik di sini untuk terus membaca

BANYAKLAH orang yang anggap janji Tuk Seri Zahid nak lantik tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM) jikalau BN menang sebagai taktik yang silap. Dia janji seorang TPM dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Sebetulnya dalam Perlembagaan Malaysia tak ada pun peruntukan untuk jawatan berkenaan. Tapi sejak Tunku, telah diwujudkan jawatan itu.

Apabila Muhyiddin jadi PM, dia tiadakan TPM tapi lantik menteri kanan beberapa orang.

Awang tahu BN nak pancing orang Sabah dan Sarawak.

Pada pendapat banyak pihak, itu ‘gula-gula’ yang tak boleh dipakai lagi. Orang Sabah dan Sarawak mahukan Perjanjian Malaysia tahun 1963 (MA63) itu dihormati, itu lebih penting. Bukan nak janjikan TPM.

Lagipun apa perlunya sampai tiga TPM? Buat habis duit saja. Selama ini pun rakyat tak senang banyak sangat mereka yang jadi menteri, menteri kanan dan bertaraf menteri. Tak ada hasil luar biasa pun.

Jawatan TPM atau menteri kanan sebetulnya bukan keutamaan buat masa ini. Rakyat nak tengok hasil. Bukan nak tengok berapa ramai jadi TPM.

Orang Sabah dan Sarawak mahu mereka dibela. Banyak masalah kemiskinan dan prasarana di dua negeri itu yang perlu dibetulkan.

Dengan lantik TPM untuk Sabah dan Sarawak belum tentu akan menguntungkan rakyat sana.

Klik di sini untuk terus membaca