TIGA nama besar tentunya akan menarik perhatian umum dalam PRU15. Mereka adalah Tan Sri mantan PM Muhyiddin, Tuk Seri Anwar Ibrahim dan Syed Saddiq. Kesemua mereka pimpin parti yang berbeza. Muhyiddin pimpin Bersatu dan PN, Anwar pimpin PKR... Klik di sini untuk terus membaca

TIGA nama besar tentunya akan menarik perhatian umum dalam PRU15. Mereka adalah Tan Sri mantan PM Muhyiddin, Tuk Seri Anwar Ibrahim dan Syed Saddiq.

Kesemua mereka pimpin parti yang berbeza. Muhyiddin pimpin Bersatu dan PN, Anwar pimpin PKR dan PH manakala Syed Saddiq pimpin Muda.

Kesemua mereka akan bertarung di tempat yang tak dianggap laluan mudah. Walaupun Muhyiddin dah 10 penggal bertanding di Pagoh tapi belum tentu beliau boleh menang mudah kali ini.

Partinya Bersatu tak kuat macam semasa PRU14. Anwar boleh kekal kawasan selamat sekarang, Port Dickson tapi dia pilih ke Tambun, tempat Tuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Syed Saddiq ada peluang menang di Muar tapi bergantung pada calon UMNO di sana, beliau akan hadapi saingan hebat.

Besar sekali risiko ketiga-tiga mereka. Kalau Muhyiddin kalah, bukan sahaja berakhir karier politiknya tapi besar kemungkinan juga partinya Bersatu.

Jikalau Syed Saddiq kalah di Muar, terjejaslah masa depan partinya yang baru setahun jagung.

Bagi Anwar yang bercita-cita nak jadi PM, jikalau dia kalah di Tambun, hancurlah harapan beliau kali ini.

Ini peluang terbaik untuk beliau jadi PM. Tapi banyak pihak kata kalau PH nak menang kali ini, Anwar kena buktikan dia boleh menang di Tambun.

Klik di sini untuk terus membaca