NEW YORK - Laporan baharu Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bahawa lebih dua bilion kanak-kanak di seluruh dunia bakal berdepan gelombang haba yang kerap menjelang tahun 2050. Selain itu, pendedahan langsung... Klik di sini untuk terus membaca

NEW YORK - Laporan baharu Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bahawa lebih dua bilion kanak-kanak di seluruh dunia bakal berdepan gelombang haba yang kerap menjelang tahun 2050.

Selain itu, pendedahan langsung dengan haba melampau akan menimbulkan ancaman kesihatan teruk kepada mereka.

"Kanak-kanak terutamanya yang paling muda bakal lebih terdedah dengan haba panas melampau yang boleh menyebabkan dehidrasi teruk, masalah pernafasan dan mereka terdedah pelbagai penyakit," kata Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell.

Dalam laporan tersebut, agensi itu berkata, golongan bayi dan kanak-kanak lebih berisiko berbanding orang dewasa apabila mereka mudah terdedah cuaca panas melampau kerana kurang mampu mengawal suhu badan.

Sorang kanak-kanak mendapatkan rawatan di hospital akibat kesan geombang haba. - Foto Agensi

Tambahnya, kanak-kanak lebih berisiko mengalami pernafasan kronik seperti asma dan penyakit kardiovaskular.

Berikutan laporan tersebut, Pengarah Komunikasi dan Advokasi Global, Paloma Escudero berkata, isu kanak-kanak ini perlu dimasukkan dalam mesyuarat iklim yang dihadiri delegasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang akan datang.

"Kami menggesa semua pihak memasukkan isu ini dalam mesyuarat delegasi PBB di mana mereka dalam mengakses rundingan yang akan menentukan masa depan kanak-kanak ini,"katanya.

Kempen mengenai kesan gelombang panas sering dijalankan di beberapa negara yang sering dilanda suhu panas melampau. - Foto Agensi

Escudero menambah, gelombang panas yang berterusan lebih empat hari akan menjejaskan 22 juta kanak-kanak yang mana 30 peratus adalah dari AS.

"Seperti kita sedia tahu, suhu melampau merupakan kebimbangan besar kepada kanak-kanak Amerika dengan tambahan 10 juta daripada mereka dijangka terdedah dengan suhu berpanjangan yang lebih panas daripada biasa," katanya.

Bagaimanapun, UNICEF mengesyorkan perkhidmatan sosial kritikan seperti akses terhadap air bersih untuk mengekang kesan gelombang haba terhadap kanak-kanak.

Seorang kanak-kanak menyejukkan badan dengan air ketika gelombang panas melanda beberapa negara Asia. - Foto Agensi

Selain itu, agensi turut menggesa negara-negara di seluruh dunia mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang dikaitkan saintis dengan perubahan iklim berlaku ketika ini.

Menurut laporan, pada 2050 hampir separuh kanak-kanak di Afrika dan Asia akan berdepan cuaca panas melampau. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca