PUTRAJAYA - Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob tidak menafikan atau mengesahkan dakwaan kononnya anak Allahyarham Menteri Besar, merangkap penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abdul Aziz tiada dalam senarai calon Pas di... Klik di sini untuk terus membaca

PUTRAJAYA - Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob tidak menafikan atau mengesahkan dakwaan kononnya anak Allahyarham Menteri Besar, merangkap penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abdul Aziz tiada dalam senarai calon Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berikutan itu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan meminta semua pihak bersabar kerana masa masih berbaki kira-kira beberapa hari sebelum pengumuman rasmi nama senarai calon Pas dibuat.

Beliau berkata, keputusan muktamad belum dibuat dan apa-apa sahaja boleh berlaku sebelum pengumuman nama calon Perikatan Nasional (PN) berlangsung pada Ahad ini.

"Kita belum buat keputusan muktamad lagi kerana PN akan umumkan pada 2 November (Ahad ini). Saya tidak tolak kemungkinan senarai nama calon Pas belum muktamad kerana kita serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskannya.

Terdahulu, portal Sinar Premium melaporkan, biarpun senarai penuh calon Pas yang akan bertanding dalam PRU15 masih menjadi rahsia sehingga pengumuman rasmi dibuat Perikatan Nasional (PN), pada Ahad ini, namun terdapat spekulasi mendakwa beberapa nama besar dan penyandang kerusi sedia ada daripada Pas digugurkan pucuk pimpinan parti atas sebab tertentu.

Sinar Premium difahamkan, antara nama besar tidak dicalonkan semula oleh Pas untuk bertanding dan mempertahankan kerusi dimenangi mereka pada PRU14 lalu termasuklah anak bekas Menteri Besar, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Bachok) dan mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Tumpat).

"Saya difahamkan nama Nik Mohamad Abduh digugurkan kerana beliau sering mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan pendirian pucuk pimpinan Pas dan dilihat antara pemimpin yang rapat dengan pucuk pimpinan tertinggi UMNO.

"Nama Che Abdullah pula digugurkan kerana pelbagai sebab termasuk kontroversi rakaman video pernikahan secara dalam talian yang mengaitkan dirinya tular dalam media sosial pada tahun lalu," katanya kepada Sinar Premium.

Berikutan itu, sumber berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Pas akan mempertaruhkan semula bekas penyandang kerusi berkenaan dari 2013–2018 iaitu Datuk Ahmad Marzuk Shaary atau wakil sayap Muslimat untuk mempertahankan kubu kuat mereka di Parlimen Bachok.

Katanya, beliau difahamkan jika Ahmad Marzuk jadi berpindah ke Bachok, maka tempatnya bakal diambil alih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood.

"Justeru itu, tidak hairan jika terdapat khabar angin mengatakan sebenarnya nama Nik Mohamad Abduh digugurkan daripada bertanding kerana beliau dijangka diberi laluan untuk meneruskan legasi Tok Guru Nik Abdul Aziz bertanding di kerusi Chempaka apabila DUN Kelantan dibubarkan tahun depan," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca