SHAH ALAM - Pendidikan di negara ini masih lagi terkebelakang berbanding negara-negara lain, kata pengamal dan advokator pendidikan, Dr Putri Afzan Maria Zulkifli.
Menurutnya, wujud jurang perbezaan pendidikan di negara ini dengan negara-negara maju dan aspek ini seharusnya tidak dilihat daripada satu sudut.
Tanpa menamakan mana-mana pihak, Putri Afzan berkata, pihak di dalam bidang pendidikan mengetahui tentang perkara berkenaan.
"Mereka yang tahu dalam bahagian itu, mereka fahamlah. Selagi kita tidak ubah. Jurang kita akan makin jauh dengan negara yang di hadapan," katanya dalam Program Sinar Live bertajuk 'Selesaikan Tuntutan Rakyat' yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Ahad.
Turut serta sebagai panel ialah pemerhati politik, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai Apek Cina manakala Hazwan Mokhtar dan Fahiz Ariff bertindak sebagai moderator.
Dalam pada itu, Putri Afzan melihat, ibu bapa masih kurang memainkan peranan kepada pendidikan anak-anak mereka.
Beliau turut menegaskan bahawa enam tahun pertama pertumbuhan anak-anak mereka adalah amat penting dan ibu bapa seharusnya mengetahui perkara berkenaan.
"Adakah mereka jelas? Sekolah pertama di rumah. Guru pertama itu adalah ibu bapa," ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca