SEPATUTNYA pengundi wajar mengundi di tempat dia menetap. Bukannya menetap dan bekerja di tempat lain tetapi pulang ke negeri kelahiran asal untuk mengundi. Ini kerana calon yang kita undi itu, tidak kiralah siapa pun orangnya akan menjadi... Klik di sini untuk terus membaca

SEPATUTNYA pengundi wajar mengundi di tempat dia menetap. Bukannya menetap dan bekerja di tempat lain tetapi pulang ke negeri kelahiran asal untuk mengundi.

Ini kerana calon yang kita undi itu, tidak kiralah siapa pun orangnya akan menjadi wakil dan suara kita, para pengundi di dalam dewan.

Dan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri yang kita pilih pula bertanggungjawab membawa isu-isu semasa yang berkaitan dengan permasalahan setempat dan dalam konteks ini kawasan di mana kita duduki atau diami di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Misalnya, isu parit tersumbat sehingga membawa kepada permasalahan banjir kilat, isu sampah, isu pembangunan kawasan yang kita rasa perlu diangkat ke sidang DUN untuk dibahas dan dipantau oleh kerajaan negeri.

Sekiranya kita tidak mengundi di kawasan yang kita diami bagaimanakah semua isu ini akan diketengahkan untuk pengetahuan dan tindakan wakil rakyat yang mewakili kawasan kita.

Malah kita tidak tahu pun apakah isu yang sedang melanda di kawasan kita jika kita tidak tinggal di tempat kita mengundi.

Malangnya, masih besar dari kalangan kita yang kekal bermastautin di tempat lain tapi mengundi di tempat lain.

Ambil contoh Kelantan. Masa Aidil Fitri dan Aidil Adha, cukup meriah. Saya pernah beberapa kali ke Kota Bharu dan Kuala Krai.

Sesak jalan dan penuh dengan kereta. Tetapi jika diperhatikan nombor plat kenderaan, begitu banyak dengan plat kenderaan dari negeri lain.

Khususnya, plat kenderaan Putrajaya dan Selangor. Jelas sekali, begitu ramai anak Kelantan di perantauan yang pulang beraya di kampung halaman mereka.

PEMBANGUNAN DI KELANTAN

Apabila melihat keadaan Kelantan yang ekonominya meleset, sehingga anak Kelantan perlu merantau ke negeri lain untuk mencari kerja, bandar Kota Bharu yang masih tidak begitu bersih dan selepas 40 tahun, orang Kelantan masih pasrah dengan air paip berwarna teh, benak hati bertanya, apakah keadaan ini terjadi adalah disebabkan oleh anak Kelantan ramai yang di perantauan?

Sudah tentu yang menetap di Kelantan mahukan negeri Kelantan juga maju setaraf dengan negeri lain, peluang kerja cukup tersedia, bandar Kota Bharu mencerminkan bandar yang bersih dan juga rakyat dapat menikmati air bersih seperti rakyat Malaysia yang lain.

Tetapi betapa sedih bila dari dulu, kini dan (mungkin) selamanya, negeri Kelantan tetap tercorot di belakang dan menjadi antara negeri di mana rakyatnya masih hidup serba kekurangan.

Apakah Kelantan tidak mampu berdaya saing dan berdaya maju menarik pelaburan dan merancakkan sektor pelancongan, industri kesenian dan batik dan makanan berubah dari cottage industry kepada industri besar-besaran?

Mungkinkah, ini impian sebenar rakyat Kelantan, tetapi terbantut oleh anak-anak Kelantan yang memilih untuk merantau keluar dan menikmati kehidupan yang jauh lebih baik, selesa dan senang di negeri orang tetapi ingin memastikan dan membantu kerajaan Pas yang telah memerintah Kelantan lebih 30 tahun.

Jadi mereka pulang sekadar untuk beraya dan lima tahun sekali pulang untuk mengundi demi memastikan Kelantan tetap kekal sebagai 'Disneyland' Pas.

Mungkinkah, kali ini seperti sebelum, Kelantan masih kekal dan tidak berubah.

* Norman Fernandez ialah seorang peguam yang menjalankan amalan guaman di Johor Bahru

Klik di sini untuk terus membaca