JIKALAU sekadar marah dan merajuk, Awang boleh faham. Tapi ada yang isytihar keluar parti, bertanding atas bendera lain atau tutup terus bilik gerakan.
Paling kelakar tentulah tindakan Tuk Seri Shahidan Kassim yang tutup bilik gerakan BN di Arau. Beliau juga arahkan turun semua bendera pada 'malam kesedihan yang teramat sangat'.
Kata beliau lagi: "Ini kali pertama dalam sejarah”.
Kuat betul rajuknya Shahidan, mantan Menteri Wilayah Persekutuan apabila namanya tak termasuk senarai mereka yang akan bertanding dalam PRU15.
Awang baca juga kisah orang kuat Bersatu, Tuk Mohd Rafiq Naizamohideen; mantan Ahli Parlimen DAP di Bentong Wong Tack; mantan Pengerusi Parti Amanah Kedah, Tuk Phahrolrazi Mohd Nawawi dan ramai lagi.
Mereka semua macam bakar kelambu.
Terfikirlah Awang, apakah mereka semua tak ingat apa yang parti buat pada mereka? Ada yang dah bertanding berpenggal-penggal.
Tapi apabila parti buat keputusan untuk letak orang lain, mereka pula bertindak menentang dengan cara mereka sendiri.
Awang percaya banyak lagi mantan ahli Parlimen dan ADUN yang tak terpilih kali ini. Mereka kena ingat, tak ada siapa yang patutnya bertahan di tempat masing-masing selama-lamanya.
Klik di sini untuk terus membaca