AWANG terkejut sungguh tengok video seorang anak muda Melayu yang lengkap berpakaian kebangsaan memijak-mijak dan merosakkan hiasan perayaan Deepavali yang dipanggil 'kolam'. Selamba sahaja mukanya buat begitu. Apabila video itu... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG terkejut sungguh tengok video seorang anak muda Melayu yang lengkap berpakaian kebangsaan memijak-mijak dan merosakkan hiasan perayaan Deepavali yang dipanggil 'kolam'.

Selamba sahaja mukanya buat begitu. Apabila video itu tular, maka marahlah rakyat Malaysia.

Perhiasan perayaan itu ada kaitannya dengan agama Hindu.

Takkanlah lelaki berkenaan tak tahu menghormati budaya, adat resam dan agama orang lain?

Bayangkan jikalau orang dari agama lain buat begitu pada kita. Tentulah kita marah.

Lebih terkejut beliau ialah petugas sebuah hospital persendirian di Klang. Serta-merta pihak Hospital KPJ Healthcare Klang keluar kenyataan kecam tindakan itu.

Lelaki itu dan kawannya khabarnya telah direman oleh polis.

KPJ Klang kenalah beri kursus hormat agama dan budaya orang lain pada kaki tangannya.

Ini perbuatan melampau. Ia boleh jejaskan hubungan antara kaum.

Awang harap orang seperti ini 'disekolahkan' secukupnya.

Pakaian Melayu yang dipakainya memalukan bangsanya sendiri.

Perbuatannya menunjukkan dia tidak beradab dan bertentangan dengan budaya orang Melayu sendiri.

Jikalau benarlah beliau dari bahagian hubungan pelanggan hospital berkenaan, amatlah malang sekali.

Klik di sini untuk terus membaca