SHAH ALAM - Sekurang-kurangnya 20 kerusi panas membabitkan pertembungan nama-nama besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Persaingan di setiap kerusi tersebut menyaksikan sekurang-kurangnya dua daripada calon berkenaan merupakan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Sekurang-kurangnya 20 kerusi panas membabitkan pertembungan nama-nama besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Persaingan di setiap kerusi tersebut menyaksikan sekurang-kurangnya dua daripada calon berkenaan merupakan pimpinan tertinggi parti atau individu yang memiliki ketokohan serta memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Di Lembah Klang sahaja terdapat sembilan kerusi panas, dengan yang paling mendapat tumpuan ialah Parlimen Gombak apabila penyandangnya yang juga Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berusaha mempertahankan kawasan tersebut daripada dirampas kembali oleh PKR menerusi calon heavyweightnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Kerusi panas lain ialah Parlimen Titiwangsa apabila bekas penyandangnya yang juga bekas Menteri Kewangan II daripada UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani cuba untuk merebut kembali kawasan berkenaan.

Lawannya ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan daripada Amanah, Khalid Abdul Samad.

Turut bakal memberi cabaran di kerusi itu adalah calon daripada gabungan Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Di Parlimen Kuala Selangor, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal bertembung bekas Menteri Kesihatan daripada PH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Persaingan di kerusi Parlimen Sungai Buloh pula bakal menjadi tumpuan apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diletakkan sebagai calon di kawasan kubu kuat PH dan PKR berkenaan.

Di kerusi Bandar Tun Razak pula menyaksikan bekas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersaing untuk merampas kembali Parlimen tersebut daripada penyandangnya, Kamarudin Jaffar yang sebelum ini bertindak keluar parti ketika ‘Langkah Sheraton’.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang kembali bertanding di Parlimen Pandan bakal berhadapan dengan calon daripada Parti Warisan yang merupakan bekas Presiden MCA iaitu Ong Tee Keat.

Dalam pada itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin yang merupakan penyandang kerusi di Parlimen Ampang atas tiket PKR selama tiga penggal bakal dicabar oleh calon parti itu yang juga Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail.

Di Putrajaya, Naib Presiden Bersatu yang juga Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin bakal bertembung bekas Menteri Wilayah Persekutuan daripada UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sementara itu, di Perak pula, terdapat enam kerusi membabitkan persaingan antara pimpinan utama parti yang bersaing dalam PRU15 kali ini

Paling mencuri tumpuan pastinya tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meninggalkan kerusi selamat di Port Dickson bagi bersaing di Parlimen Tambun.

Beliau akan berhadapan dengan penyandang kawasan tersebut yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pada masa sama, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga dijangka tidak berdepan laluan mudah mengekalkan kerusinya di Bagan Datuk apabila PKR meletakkan bekas Ketua Penerangannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Di Pahang, penyandang kerusi Parlimen Machang daripada BN, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub akan berdepan dengan Timbalan Ketua Pemuda 1 PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad.


20 kerusi pertembungan nama besar
Tambun

- Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN)

- Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH)

Bagan Datuk

- Dr Muhammad Faiz Na'aman (PN)

- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN)

- Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH)

Tanjung Malim

- Datuk Dr Mah Hang Soon (BN)

- Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (PN)

- Chang Lih Kang (PH)

Teluk Intan

- T Murugia (BN)

- Nga Kor Ming (PH)

Lumut

- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (BN)

- Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (PH)

Bandar Tun Razak

- Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH)

- Datuk Kamaruddin Jaffar (PN)

Pandan

- Rafizi Ramli (PH)

- Tan Sri Ong Tee Keat (Warisan)

Ampang

- Datuk Seri Zuraida Kamaruddin (PBM)

- Rodziah Ismail (PH)

Putrajaya

- Datuk Dr Mohd Radzi Jidin (PN)

- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN)

Bentong

- Tan Sri Liow Tiong Lai (BN)

- Young Syefura Othman (PH)

- Wong Tack (Bebas)

Machang

- Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN)

- Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN)

Klik di sini untuk terus membaca