HARI ini, ratusan orang akan dinamakan sebagai calon untuk Parlimen dan di beberapa buah negeri, calon Dewan Undangan Negeri (DUN). Kesemuanya terdapat 222 kerusi Parlimen yang bakal direbut. Begitulah adatnya kita berdemokrasi. Lima tahun... Klik di sini untuk terus membaca

HARI ini, ratusan orang akan dinamakan sebagai calon untuk Parlimen dan di beberapa buah negeri, calon Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kesemuanya terdapat 222 kerusi Parlimen yang bakal direbut.

Begitulah adatnya kita berdemokrasi. Lima tahun sekali kita mengundi.

Awang percaya semua aplikasi media sosial akan digunakan untuk tujuan ini termasuk TikTok, Instagram, Facebook, WhatsApp dan macam-macam lagi.

Oleh sebab ramai juga pengundi kali pertama, selain mereka dalam kategori Undi18, maka peranan media sosial jadi makin penting. Generasi baharu hanya tahu platform media sosial. Itulah cara mereka mendapat maklumat hari ini.

Pada waktu yang sama, Awang percaya macam-macamlah janji dan habuan ditaburkan untuk pengundi. Tapi macam kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Tan Sri Rais Yatim, jaga-jagalah cubaan untuk merasuah pengundi.

Kata beliau, mana-mana individu yang menerima bungkusan, kampit beras atau makanan dicap dengan logo parti perlu buah aduan polis. Awang sokong sangat pandangan itu.

Awang harap rakyat kita pegang panduan #RasuahBusters. Kita mahu pilihan raya yang bersih rasuah dan bersih dari perasuah.

Klik di sini untuk terus membaca