SHAH ALAM - UMNO Selangor tidak lemah dan patah semangat meskipun Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar tidak dicalonkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil yang bertanding bagi kerusi Parlimen Shah Alam berkata, ia bukanlah masalah kepada parti kerana matlamat mereka semua adalah untuk menang.
"Semangat beliau kepada UMNO sangat tinggi, begitu juga dengan orang-orang parti ini," katanya kepada Sinar Harian di Kompleks Karangkraf, Jumaat.
Pada Khamis, Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang pada PRU15 sekali gus menggantikan Noh.
Pengerusi BN Selangor tersebut menzahirkan rasa kecewa apabila hanya mengetahui mengenai pemilihan calon Parlimen Tanjong Karang di media sosial.
Klik di sini untuk terus membaca