SHAH ALAM - Pemilihan calon yang ditampilkan oleh parti dan gabungannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini, berpotensi mencetuskan fenomena baharu terhadap politik di Malaysia. Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pemilihan calon yang ditampilkan oleh parti dan gabungannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini, berpotensi mencetuskan fenomena baharu terhadap politik di Malaysia.

Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, ia susulan beberapa perkembangan terkini seakan-akan menunjukkan bahawa faktor calon dilihat berkemungkinan menjadi penentu dalam pilihan raya berbanding parti.

"Ada beberapa fenomena yang tidak pernah berlaku contohnya ada pemimpin yang penyandang kerusi Parlimen bertanding dengan tiket parti lain bila nama mereka digugurkan daripada pencalonan parti sendiri.

"Fenomena ini perlu diperhatikan kerana keputusannya mungkin menunjukkan faktor calon benar-benar menjadi perkiraan terpenting dalam pilihan raya.

"Ia mengambil kira konteks politik sebelum ini disokong akar umbi dan jentera parti yang kuat,” katanya kepada Sinar Harian.

Mujibu berkata, kualiti calon ditampilkan setiap parti pada PRU15 kali ini juga dilihat semakin meningkat dengan rata-ratanya mempunyai kriteria yang baik dan pelbagai dari segi pendidikan, kerjaya, latar belakang dan termasuk kumpulan umur.

"Jika mereka dipilih sebagai wakil rakyat, ia akan menyumbang kepada kualiti perdebatan di Parlimen sebab mereka ini bukan sekadar wakil rakyat, tetapi bertanggungjawab sebagai pembuat dasar.

"Jadi input yang diberikan oleh mereka yang datang daripada pelbagai jenis pengalaman, jaringan dan latar belakang termasuk daripada kumpulan terpinggir seperti golongan orang kurang upaya (OKU), pastinya bakal menghasilkan dasar terbaik di Parlimen,” jelas beliau.

Mengulas peningkatan penyertaan gabungan dan parti dalam PRU15 sehingga menyebabkan pertembungan lebih banyak penjuru di sesuatu kawasan, Mujibu berkata, perkara itu secara idealnya baik untuk pengundi kerana mereka bakal menerima alternatif tawaran lebih baik dan pelbagai.

Namun, beliau berkata, perkembangan itu juga secara langsung menimbulkan dilema kepada pengundi yang mana budaya politiknya belum bersedia dan benar-benar terbuka.

Klik di sini untuk terus membaca