SHAH ALAM - Calon BN bagi Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias bersedia mengisytiharkan aset yang dimiliki sekiranya diminta oleh pimpinan parti gabungan tersebut. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, pengisytiharan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Calon BN bagi Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias bersedia mengisytiharkan aset yang dimiliki sekiranya diminta oleh pimpinan parti gabungan tersebut.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, pengisytiharan harta merupakan sesuatu yang praktis dan wajar dilaksanakan bagi wakil rakyat yang menang.

"Kalau ia menjadi suatu ketetapan, mengapa saya harus menolak,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau juga percaya seandainya BN memenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), gabungan tersebut akan memastikan setiap calonnya di Parlimen perlu membuat deklarasi aset setiap tahun bagi memastikan nilai ketelusan mereka.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) Temerloh, Mohd Hasbie Muda, tiada masalah untuk mengisytiharkan aset yang dimiliki bagi menghadapi PRU15 sekiranya pimpinan gabungan mengkehendakinya.

Menurutnya, pengisytiharan itu sepatutnya dikemukakan bagi penyandang ahli Parlimen."Kita kena faham begini, pengisytiharan aset ahli politik ini adalah bagi yang telah mempunyai jawatan seperti ahli Parlimen atau menteri kerana rakyat nak lihat kemunasabahan pendapatan mereka.

Tambah Mohd Hasbie, pengisytiharan aset itu akan dibuatnya sekiranya menang dan menjadi ahli Parlimen di daerah tersebut.

Klik di sini untuk terus membaca