BERKALI-kalilah nampaknya Tuk Seri Anwar cuba yakinkan orang ramai bahawa tidak ada pakatan di antara beliau dan Tuk Seri Zahid Hamidi.
Ada macam-macam teori konspirasi pasal hal itu. Ada yang kata hubungan mereka berdua tak retak sejak 90-an lagi. Masih macam guru dengan murid.
Oleh sebab itu orang hairan mengapa UMNO tak mahu bersepakat dengan Bersatu dan Pas, rakan kongsi mereka dalam kerajaan dalam PRU15.
Jikalau wujud pakatan itu, tentu harapan untuk menang bagi BN lebih cerah. Macam sekarang, tiga gabungan besar adalah BN, PH dan PN.
Kita tahu undi Melayu pasti pecah. Harapan BN dan PN nampak tipis di banyak tempat yang ada pertandingan tiga atau lebih penjuru.
Ada teori kata Zahid memang mahu UMNO pergi solo (walaupun ada MCA dan MIC) oleh sebab nanti senang bergabung dengan PH apabila buat kerajaan. Walaupun UMNO kata 'No Anwar, No DAP' tapi dalam politik macam-macam boleh berlaku.
Kalau tengok kenyataan Zahid yang tak tolak sebarang kemungkinan wujud pakatan selepas pilihan raya, nampak sahlah pandangan orang selama ini.
Dalam politik tak ada musuh kekal dan tak ada kawan selamanya. Punyalah bencinya Anwar dan PKR pada Tun Mahathir, mereka buat kerajaan bersama selepas PRU14.
Pas pun pernah kerjasama dengan DAP. Nampaknya UMNO pun kena telan madu pahit jikalau benar UMNO terpaksa bekerjasama dengan PH selepas PRU15.
Klik di sini untuk terus membaca