DI dalam semak di utara Myanmar, seorang pejuang antirampasan kuasa tentera menonton YouTube sebagai panduan untuk mempelajari cara-cara mengimpal keluli melibatkan peluru mortar mentah dan peluru yang akan ditembak ke arah pasukan... Klik di sini untuk terus membaca

DI dalam semak di utara Myanmar, seorang pejuang antirampasan kuasa tentera menonton YouTube sebagai panduan untuk mempelajari cara-cara mengimpal keluli melibatkan peluru mortar mentah dan peluru yang akan ditembak ke arah pasukan keselamatan negara itu.

Hampir dua tahun selepas pihak tentera merampas kuasa daripada kerajaan awam, ia masih tidak dapat menumpaskan militia tempatan yang menggunakan taktik melakukan serangan kemudian melarikan lari.

Sebaliknya, anggota-anggota Angkatan Pertahanan Rakyat (PDF) itu tetap kalah akibat serangan artileri tentera, jet-jet buatan China dan Rusia serta raifal bercorak Israel yang digunakan oleh pasukan keselamatan Mynmar.

Myanmar diperintah oleh tentera selepas ia merampas kuasa dari kerajaan awam secara aman pada bulan Februari 2021 dan memerintah sehingga kini.

Ia merampas kuasa ketika isu penipuan bilangan pengundi pada pilihan raya umum di negara itu pada tahun 2020 sedang hangat diperkatakan di negara itu.

Bagaimanapun, kekuatan pasukan militia itu dapat diperkuatkan sedikit melalui penggunaan senjata-senjata yang berjaya dirampas dan dibeli di pasaran gelap, kata penganalisis.

Namun, militia-militia di negara itu telah beralih kepada cara untuk menghasilkan roket, periuk api dan mortar buatan sendiri.

"Kami belajar bagaimana untuk membuat senjata dari internet atau YouTube. Kami mencari cara 'memasak' saltpetre (kalium nitrat), cara menggabungkannya untuk mendapatkan serbuk peluru, cara membina raifal. Kami belum menerima sebarang latihan," kata Nay Min iaitu seorang anggota antirampasan kuasa dari wilayah Sagaing kepada AFP.

BEREKSPERIMEN

Mereka yang mempunyai latar belakang kejuruteraan atau mekanikal seperti rakannya, Nay Myo Win bereksperimen dan menghasilkan prototaip senjata.

Myo Win mencampurkan saltpetre untuk membuat serbuk peluru yang diperlukan untuk menembak peluru mortar yang diisi dengan plumbum dan besi buruk yang didakwanya mampu pergi dengan jarak tembakan lebih dari dua kilometer (km).

Satu kumpulan peluru dibuat daripada struktur sebuah menara telekomunikasi yang dimiliki oleh sebuah firma yang rapat dengan pihak tentera.

"Kami hanya mahu memusnahkan perniagaan mereka (pihak tentera). Tetapi, selepas kami mula membuat senjata buatan sendiri kami memerlukan lebih banyak keluli tahan karat dan kami (mula) memikirkan (tentang) menara itu," tambah Nay Min.

Kumpulan Nay Min adalah salah sebuah daripada berpuluh-puluh militia PDF di Sagaing yang membuat senjata mereka sendiri.

Senjata-senjata yang dibuat sendiri oleh anggota-anggota PDF. - Foto AFP

Terdapat rakaman video yang menunjukkan ujian mortar, roket atau periuk api dengan laungan riang mengiringi bunyi dentuman yang kuat.

Namun, kerja-kerja untuk menghasilkannya itu boleh membawa maut.

"Ia lebih berbahaya. Bila kita 'memasak' serbuk peluru, kalau tambah garam terlalu banyak, bahaya. Kalau tambah sikit pun bahaya," kata Bo Shaung iaitu seorang anggota antirampasan kuasa tentera dan pembuat roket daripada kumpulan lain yang beroperasi di Sagaing.

MAUT

Satu rakaman video yang diperoleh oleh AFP menunjukkan mortar baharu sedang diuji dengan peluru meletup di dalam tong sekali gus menyebabkan seorang anggota yang baru memuatkannya ke dalam tong tersebut maut.

Thu Ya iaitu seorang lagi anggota yang menentang rampasan kuasa tentera memberitahu, dia kehilangan penglihatannya enam bulan lalu apabila bahan letupan yang dikendalikannya meletus dengan terlalu cepat.

"Saya mengalami kecederaan di tangan dan kaki tetapi kini sudah pulih tetapi saya masih mempunyai penglihatan yang kabur,” katanya.

Menilai keberkesanan senjata-senjata itu adalah amat sukar sekiranya tiada laporan yang tidak memihak dari lapangan medan peperangan, kata penganalisis keselamatan yang berpangkalan di Bangkok, Thailand, Anthony Davis.

Kedua-dua pihak kerap mengecilkan angka korban masing-masing dalam pertempuran.

sendiri menunjukkan bahawa sistem senjata tersebut jauh daripada sekadar hanya sebagai satu muslihat untuk melemahkan semangat unit tentera Myanmar.

Pihak tentera Myanmar telah melabel semua kumpulan PDF sebagai pengganas dan menyalahkan anggota antirampasan kuasa itu berikutan kematian lebih 4,000 orang awam. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca