AWANG memang hormat pada Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PKR yang buat pembongkaran satu lepas satu. Macam-macamlah yang beliau bongkar dari dulu, kini dan nampak selamanya. Memang patut beliau dapat gelaran 'Tukang Bongkar' atau... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG memang hormat pada Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PKR yang buat pembongkaran satu lepas satu. Macam-macamlah yang beliau bongkar dari dulu, kini dan nampak selamanya.

Memang patut beliau dapat gelaran 'Tukang Bongkar' atau 'Mr Expose'. Tak tidur malam musuh-musuhnya akibat pendedahan itu.

Tak cukup dedahkan skandal orang lain, rahsia pemilihan calon dalam parti pun beliau dedah hinggakan Presiden dan Setiausaha Agung PKR beri teguran.

Sampaikan nilai kekayaan beliau dan syarikatnya sendiri pun dia dedah demi ketelusan. Khabarnya nilai aset bersihnya RM18.45 juta.

Timbullah pulak macam-macam tohmahan terhadapnya. Jenuhlah dia nak menjawab misalnya macam mana dia boleh ada modal RM2 juta masa mula-muka buat bisnes dulu.

Awang cuma nak ingatkan Rafizi, rakyat dah jemu jelak dengan skandal dan ketirisan. Buat masa ini rakyat nak dapat telur pun susah.

Sudah-sudahlah dedahkan skandal Tuk Latif Ahmad dan lain-lain apabila harga ikan, sayur, bawang, minyak masak dan lain-lain naik.

Latif pun tak bertanding lagi. Biarlah soal pembabitan beliau dalam isu kapal tempur pesisir (LCS) disiasat oleh pihak berwajib.

Rafizi dan PH perlu bagi keyakinan nak selesai derita rakyat. Nak pulihkan ekonomi. Nak bagi kerja. Nak kurangkan harga barang. Itu yang rakyat mahu sekarang!

Klik di sini untuk terus membaca